Sunday, 24 February 2013

Jadual Hidup Yang Menangis


Assalamualaikum
bergelar pelajar tahun akhir juga semester akhir memang tak dapat nak lari dari jadual hidup yang sumpah rasa macam nak pinjam tong oksigen bagi bernafas dengan lancar..hari hari hari hari hari sebok..dah tak kenal erti tidur yang cukup..satu kerja siap, namploh juta kerja sampai..dugaan betol

*timetable bulan akhir tu rasa macam nak koyak-kayok*

bulan awal masih berdondang sayang, tapi kau sendiri tengok makin nak habis sem, makin bertambah kerja..kelas ganti jangan lah tanya, memang ada je nak di buat..sabar sabar..ingat pesan ibu "bertahanlah, semua ni cabaran untuk berjaya"..alahai, nak menitik air mata ni bila sebut pasal ibu, dah sebulan tak balik..rindu hoiiiii T_T

Thursday, 22 November 2012

Bella Dudu Kucing Yang Disumpah Menyerupai Manusia


hai, saya bella dudu..awak semua boleh panggil saya bella..saya tahu nama saya sedap, dah jangan puji-puji..saya perempuan yang masih punya dara..haha..eh..shhhh..diam..tuan saya sedang tidur dengan gaya kuak lentang dan segala kuaknya..jangan bising,nanti tuan saya bangun..saya guna lappy alang *anak tuan saya* curi-curi sebab dia ni selalu tidur dengan membiarkan lappy dia on sampai ke hari esok..apa dia ingat bil elektrik percuma? haishh, suka membazir amalan syaiton lah dia tu!

permulaan hidup saya ni penuh sadis, masa umur saya kecik nguekkk lagi saya dah di pisahkan dengan ibu..tuan ibu saya masukkan saya dalam kotak dan letak kotak yang berisi saya di depan rumah tuan saya sekarang..saya ingat lagi, malam tu gelap sangat, angin kuat dan hujan turun dengan sangat lebat..kotak tempat saya berlindung ni habis basah, saya menggigil tahan sejuk sampai esok harinya tuan saya buka pintu rumah dan nampak saya..tuan saya ambil saya dengan penuh belas kasihan..perasaan saya sama seperti bayi yang dibuang oleh ibu mereka..sedih (Y.Y)


saya membesar dengan bahagia dalam rumah ni..semua jenis makanan saya makan..apa yang tuan saya makan pun saya makan..makan kegemaran saya sama seperti kanak-kanak lain iaitu snek makanan ringan..saya akan berlari gembira bila dapat makan jajan..bila adik *anak tuan saya* balik sekolah, saya tahu dia pasti beli jajan yang sedap sedunia..saya akan mintak adik jajan tu sampai habis!! muahaha..saya suka snek!! suka!!suka!! bila dah kenyang, saya akan baring dengan gaya yang paling comel sebab saya tahu alang akan cepat-cepat snap gambar saya..masa tu saya akan pura-pura tidur dengan super comel..kehkeh




saya ni nakal, suka main lari-lari dalam rumah..panjat sana sini, main bunga hiasan rumah sampai tercabut-cabut dari pasunya..anak-anak tuan saya selalu jerit-jerit marahkan kenakalan saya..bila mereka dah geram, kaki dan tangan saya akan di ikat..atau saya akan di kurung dalam beg sampai tingkah laku saya menjadi sopan..tapi saya tetap tak peduli, nakal tu jiwa saya..macam irama dan lagu, tak dapat dipisahkan..






macam kanak-kanak lain, saya perlukan tidur yang super cukup..saya akan tidur bersama anak-anak tuan saya..anak-anak tuan saya semua belajar jauh dari rumah..angah dan alang di universiti, nurin pulak sekolah asrama penuh..saya jarang jumpa mereka..bila mereka semua balik, tak akan ada ruang kosong untuk saya tidur bersama mereka di atas tilam yang empuk bertemankan selimut dan kipas yang sangat melenakan tidur malam saya..bila mereka tiada, selalunya saya akan tidur bersama adik..seronok tidur macam ni..kawan-kawan saya yang lain semua tidur kat luar rumah kesejukkan..saya saja yang sedap lena begini..haha

awak nak tahu tak? anak-anak tuan saya ni tidur serupa macam emmm..tak tahu saya nak gambarkan macam mana..yang penting, saya selalu di himpit, di tolak kiri dan kanan ketika tidur bersama mereka..tapi tu semua saya tidak peduli..yang saya tahu, saya sangat kuat tidur, dan saya suka tidur berkipas..bila anak-anak tuan saya sudah bagun pagi, saya masih tidur lagi..mereka tahu saya suka tidur berkipas dan sebab tu mereka suka dengki off kan kipas bila saya sedang lena tidur..ahhh jahat!!


emm..penat juga menaip ni..saya selalu tengok alang menaip macam ni,tak tahu penat ke dia?..alang suka berblog, saya nak cuba juga berblog macam dia..hehe..ohh waktu dah malam sangat ni, saya kena tidur untuk pastikan yang diri saya sentiasa nampak muda..babai awak semua..stay comel macam saya tau..saya tidur dulu..babai~~~~~

Wednesday, 31 October 2012

Graduation Day

Assalamualaikum

malam akhir dalam bulan oktober ni..dah berbulan aku tak layan blog *patah-patahkan jari*. malas nak fikir benda yang dah pun jadi..back to the title..bukan aku yang dah grad, tapi adik aku..bukan grad dari u,tapi sekolah je..aku? inysayaallah naik lah pentas Uitm Shah Alam tu tahun depan..ade lagi 1 sem aku nak habiskan, doakan aku =)


pukul 5 pagi ibu dah kejut ajak pegi sekolah nurin..majlis start pukul 8.30, biasalah ibu aku ni, tak nak terkejar-kejar..nurin sekolah MRSM Mersing atau nama yang konon mat saleh nurin selalu sebut is Mara Junior Science Collage *MRSM jagak maksud ni nurin oi =="*. Dalam 3 jam jugak dari rumah,memang aku sambung membuta dalam kereta..haha


baju biru tu angah aku, baru sambung master dekat UKM..u lama dia jugak..pity her, lepas grad dulu cari kerja susah nak dapat..biasalah mulut orang sekeliling mesti dok bercakap "belajar pandai-pandai tapi tanam anggur kat rumah". typical malaysian kan? 


sebenarnya nilah first time aku datang sekolah Nurin ni *haha* . tak pernah ikut abah hantar dia..kahkah..bukan tak nak pegi, takde masa free aku nak ikut..aku balik u,dia pun balik sekolah..so how? Alhamdulillah dapat pegi sebab time ni pun cuti raya korban kan..


minggu depan SPM dah mula..nurin siap text aku mintak doa if lupa apa yang kita belajar*text malam2 time tengah beradu..dah la aku tengah mimpi Zain Malik*..hope dia dapat buat yang terbaik..harapan ibu abah,jangan sia-sia kan..tapi aku paling risau kat dia ni, banyak tido dari belajar..dah la tido kat meja study,mybe letak kepala atas buku jadikan bantal tu salah satu cara ilmu serap dalam kepala otak dia..haha..sape tahu kan?


si secik yang ibu paksa ponting sekolah ni tak reti duduk diam..asyik lapar memanjang..dah darjah 5,tapi ibu abah layan dia macam budak 5 tahun..anak bongsu memang macam ni kan?

rasa macam kekok pulak nak tulis blog ni..ayat susah nak keluar dari kepala otak yang baru lepas rosak..haha..sudah laa, kena amek masa dulu..blog aku masih merajuk..doakan adik aku ye..babai


Friday, 10 August 2012

sedih T_T


berbulan-bulan blog di pandang sepi..sedih dengan heaters yang tak habis-habis buat lakaran kotor kat blog ni..menunding jadi seolah-olah diri itu super duper sempurna..menilai orang dari sudut pandangan yang negetif..bercakap tanpa tahu kedudukan sebenar..yeahhh..ini ragam dunia..

Tuesday, 20 March 2012

Nikah Gantung

assalamalaikum..

kenapa entri sekarang ni menjurus ke arah kawin ? saja je =) . then mesti heater sorang eh bersama angkatan nya mengkeji aku buat post cengini. tu hobi kau kan? relax heater sayang, bukan menggatal or dah sampai seru nak suruh aku kawin lahh. aku tunggu Sharnaz Ahmad datang melamar baru aku kawin. kehkeh. 

Nikah gantung yang selalu nya student U macam aku ni buat . sini aku terang kan apa tu nikah gantung . coppp, pakcik google yang tolong terang kan =)

Nikah gantung (atau dalam Bahasa Arab disebut Nikah Khitbah) sebenarnya bermaksud pernikahan di mana pasangan pengantin tidak duduk serumah dalam satu-satu tempoh yang ditetapkan hasil persetujuan bersama kedua-dua belah pihak. Tanggungjawab pemberian nafkah oleh suami kepada isteri juga diringankan dan boleh dilepaskan.


Dalam kata lain, majlis akad nikah diadakan terlebih dahulu tapi majlis kenduri kahwin (walimatul urus) diadakan kemudian. Penangguhan majlis kenduri kahwin tersebut boleh hingga menjangkau tempoh bertahun-tahun lamanya.

tapi !! rukun-rukun perkahwinan seperti biasa perlu diikuti iaitu perlu ada suami, isteri, wali, saksi dan akad (Ijab Qabul)*if takde ni bukan nikah nama nya =.=*. maskahwin pun perlu dibayar. johor maskahwin paling murah . takan tu pun tak mampu nak  bayar kan? Untuk hantaran boleh ditangguhkan dulu, mana lah tahu perempuan mintak hantaran sampai RM16500 nak buat bayar hutang PTPTN *cakap pasal diri sendiri ke ainin hoii*. nak kahwin takan nak suruh ibu ayah yang support duit hantaran pulak. 


Sebab-sebab biasa nikah gantung ini dibuat adalah seperti:
  • Suami masih tidak mampu menyara sepenuhnya kos hidup isteri seperti rumah sewa, pakaian dan sebagainya.
  • Pasangan masih lagi menuntut dan masih belajar.
  • Belum bersedia memberi komitmen sepenuhnya dalam menunaikan tanggungjawab berumahtangga.
Setelah majlis akad nikah berlangsung, kedua-dua pasangan perlu tinggal secara berasingan sehingga benar-benar bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai suami dan isteri. Pada kebiasaannya pasangan ini akan tinggal di rumah ibubapa masing-masing.

Tujuan utama nikah gantung ini dilakukan ialah bagi mengelakkan berlakunya penzinaan dan kelahiran anak luar nikah. Setelah kedua-dua pasangan ini melalui nikah gantung, mereka boleh bertemu, berdating, dan bermesra. Malah jika melakukan seks pun hingga melahirkan anak ianya tidak salah dan tidak haram. Anak yang mereka lahirkan itu adalah sah hukumnya.


Walaupun mereka nikah gantung, mereka adalah pasangan suami-isteri yang sah di sisi agama Islam dan undang-undang Kerajaan Malaysia. Dari sini, kesucian institusi kekeluargaan itu dapat terus dipelahara. Si gadis yang hamil dalam tempoh nikah gantung tidak perlu berasa panik dan gerun oleh kerana anak yang dikandung adalah sah. Dengan ini kes-kes dan isu pembuangan bayi tidak akan berlaku. 

terang dahh? if nak tahu, gambar semua kat atas ni *pengantin lelaki* gambar classmates aku masa kat sekolah menengah dulu and now satu U pun dengan aku. Dia buat nikah gantung macam yang aku terangkan ni sebab masing-masing tengah study lagi . Tak nak buat dosa sebab couple lama-lama then amek keputusan ikut cara nikah ni . Taniah kawan . Aku doakan kau bahagia until jannah .