Saturday, 5 December 2009

DIA

mesti kau ingat aku tengah jatuh cinta kan (tersipu-sipu malu)
*hahaha*(hanya ketawa mampu aku katakan)

dulu aku benci dia
dulu aku meluat tengok dia
dulu aku menyampah dengan dia
dulu aku rasa macam nak tumbok2 muka poyo dia

sekarang..sekarang..dan sekarang..
aku tak mampu nak kata apa 


Friday, 27 November 2009

AL-FATIHAH UNTUK ARWAH SAID@RAIS BIN SELAMAT


dia lelaki yang mulia
dia lelaki yang hebat
dia lelaki yang pemurah
dia datok aku
24 november 2009
pergi nya seorang hamba ALLAH di muka bumi ini

aku masih ingat lagi saat arwah sedang nazak di jemput malaikat izrail
kami adik beradik tengah gelak ketawa main badminton kat luar rumah
abah aku pangil suruh masuk(waktu dah nak magrib)
kami buat tak dengar je
tapi bila abah marah suruh kami masuk..semua lari laju-laju masuk rumah
bila masuk rumah
aku tengok pipi ibu dah basah dengan air mata
aku tengok atok susah nak bernafas
kami semua ambil air wuduk
atok nazak waktu ibu tengah lap badan atok (nak mandi kan atok dah tak mampu nak bangun)
aku duduk sebelah atol..gosok dada nya (dengan harapan atok senang nak bernafas)
adik-adik aku yang lain hanya baca kan yassin untuk atok
aku bisikkan kalimah syahadah di telinga atok
air mata aku tak henti-henti mengalir waktu itu..aku tak sanggup lihat penderitaan yang sedang atok lalui waktu itu...
azan magrib berkumandang..atok makin nazak..aku sapu air zam-zam di bibir atok..ustazah aku pernah cakap,orang yang sedang nazak akan rasa sangat haus..habis saja azan magrib,malaikat izrail selesai jalankan tugasnya..atok aku pergi buat selamanya

aku sedang SPM (subjek add math)
kau tahu subjek itu sangat susah kan..aku langung tak tengok buku untuk ingt balik apa yang aku penah belajar..sepanjang malam aku hanya alunkan surah yassin..aku tak hiraukan langsung exam yang akan aku jalani..

aku tawakal pada ALLAH
ini ujian untuk aku

"SEMOGA ALLAH CUCURI RAHMAT KE ATAS ROH ARWAH"
 







Friday, 16 October 2009

SPM oh SPM


aku rasa sangat takut waktu ni
aku rasa macam nak pergi dari dunia ni kejap (boleh ke??) 

kenapa masa tu terlalu cepat berlalu..atau aku yang tak tahu nak menghargai masa yang aku ada..aku rasa sangat tak senang duduk sekarang ini..aku takut nak hadapi hari peperangan tu..aku takut aku tak mampu buat yang terlingkop terbaik..
macam mana tiba-tiba aku hilang ingatan..aku lupa semua yang dah aku belajar..hambek kau..haru pink biru hidup aku..

waktu ini..aku hanya mampu bertawakal pada ALLAH..aku hanya mampu menagih doa dari ibu abah aku..aku dah belajar sehabis baik(walaupun kaki tido dalam kelas)..aku hanya mampu mintak keredhaan ilmu daripada cikgu-cikgu aku..
DOAKAN AKU YE KAWAN :)

Monday, 5 October 2009

Sahabat & Kawan : Part 1


  *mereka tunjuk perasaan sebab aku tak bayar gaji diorang*


mak kau mesti penah pesan

"PILIH KAWAN YANG BAWAK KITA KE JALAN YANG BAIK"

kalau mak kau tak ada pesan macam ni..mak kau memang tak sayang kau..hahaha
ibu aku selalu ulang ayat ni..dah naik bernanah telinga aku dengar ayat ni..


aku memang ramai kawan..tapi aku tak ramai kawan yang boleh faham diri aku..kawan yang boleh jadi tempat aku nak mengadu..senang cerita..kawan dunia akhirat

aku sayang kawan yang aku ada sekarang ni
mereka terbaik dari ladang..haha



Wednesday, 15 July 2009

ABANG oh!!

siapa tak ada abang..sila angkat hidung(aku sedang angkat hidung ni)


ibu abah aku hanya mampu menghasilkan 6 orang anak(banyak kan) dan semua nya perempuan
kenapa tak ada lelaki??
hei..hei..hei..
suka hati ibu abah aku lah
rezeki yang ALLAH bagi
tak kan nak persoal kan


kau mesti ada abang kan..tak pun adik lelaki..kalau kau cakap kau ada abang(bf)memang nak kene tumbok lah kan..maksud aku abang kandung..abang yang lahir dari rahim yang sama dengan kau..abang yang tercipta hasil percantuman air mani mak ayah kau(jangan nak blue okiee)..aku serius ni..kau tahu bertapa tersekse nya batin hidup tanpa seorang abang(aku tipu)..kau untung ada mereka..aku teringin nak rasa ada abang kandung..




aku tengok kawan-kawan aku yang ada abang..hidup mereka berbeza dengan aku..
apa kau rasa ye ada abang
boleh main gusti-gusti..(aku main masak-masak)
boleh dengar abang kau cerita pasal perempuan(aku ni dok dengar cerita pasal lelaki)
boleh suruh abang kau belasah orang yang tak puas hati dengan kau
boleh kau tengok dia sunat(buat muka gatal)



hargai abang yang kau ada
nanti bila aku tak ada abang macam aku ni
baru kau tahu apa yang aku rasa
baru kau faham apa erti seorang abang




Wednesday, 1 July 2009

KEMANA TUMPAH NYA KUAH KALAU TAK KE NASI

salam

cuba kau tengok mak kau
cuba kau tengok ayah kau
cuba kau tengok diri kau
penah kau fikir
perangai siapa yang kau warisi

aku anak ibu
muka aku sama dengan ibu
bukan aku cakap ae
kawan-kawan ibu aku yang cakap
aku nak warisi sifat ibu
ibu sangat penyabar
ibu anak yang baik
ibu tak pernah tunjuk dia menangis
ibu sangat kuas harungi hari-hari nya
"IBU BOLEH MEBJAGA SEPULUH ORANG ANAK..TAPI DALAM SEPULUH ORANG ITU  BELUM TENTU BOLEH MENJAGI SEORANG IBU"


ibu aku hebat
aku nak jadi macam ibu
pada ibu..alang tak mampu bagi ibu apa-apa..alang hanya boleh capai impian ibu untuk tengok alang berjaya..ibu banyak beri bebelan nasihat pada alang..alang tahu ibu nak alang berjaya..banyak yang ibu korban kan untuk alang dengan adik2..

insyaallah
andai satu hari nanti alang sudah berada di atas
alang akan beri kesenangan pada ibu
alang tak nak tengok ibu penat banting tulang untuk kami
alang tak nak ibu sakit-sakit badan
alang hanya nak tengok ibu duduk berehat sepuas-puas nya
alang akan sediakan segalanya untuk kesenagan ibu selagi alang mampu
AKU SAYANG IBU















Wednesday, 24 June 2009

KEBENCIAN MELANDA

aku sangat sebok waktu ini(kalah PM kau tahu)
mana tak nya..kau tengok tarikh..tinggal berapa hari lagi aku nak SPM
aku yang konon2 nya pelajar cemerlang (padahal kaki tido dlm kelas) sedang bersungguh-sungguh merebus buku untuk di minum air nya mentelaah segala benda yang aku belajar.


bukan ini yang aku nak cerita kan

aku baru balik dari merempit perkhemahan kadet polis(aku polis beb) di ULU BENDOL..4 hari 3 malam aku tido berteman kan encik nyamuk dan puan agas..kau ingat aku suka!!(memang suka pon)..tapi bukan keseronokkan yang aku nak cakap kan..tapi KEBENCIAN..KEMENYAMPAHAN aku bila ada dalam kem ini


aku jumpa ramai jenis manusia kat sini..yang gedik nya..yang sombong nya..yang poyo nya..owh.TOLONGGG lah..aku sangat tak suka dengan mereka yang ada ciri-ciri ini..aku rasakan mereka ini seperti PERASAN BAGUS..rasa nak tumbok muka mereka saja..

 baik kawan-kawan..ini lah jentera bersatu sekolah aku..eh..lelaki tu hanya patong pameran sahaja ye(diorang fasilitator kami)..


 
ini hasil dari pada titik peluh kami demi mencari sesuap nasi..haha


baiklah
aku tak nak tulis banyak(jiwa memberontak kemeluatan)
aku hanya nak kata
aku dah penat..haha










Monday, 20 April 2009

TAK ADA UNDANG-UNDANG BOLEH TAK

"tatap mataku" bak kata omma berta 



aku siapa nak mansuh kan segala undang-undang
aku orang biasa
aku hanya pelajar
aku hanya rakyat yang taat pada kerajaan ayah pin nya  Malaysia


baik kawan-kawan
sekarang aku sedang sangat bangang bengang sebab aku telah di hukum kat sekolah tadi..(sila cakap padan muka aku)..memang salah aku pun..siapa suruh aku tak pakai kain dalam..apa tu kain dalam??kau pegi la tanya kat mak kau..tak pun kat akak kau..malas aku nak terang kan macam mana rupa binatang tu(sambil buat muka geram)..aku redha..nama je PEMBIMBING RAKAN SEBAYA kat sekolah..ni hambek ko..(PRS apa kejadah nya macam ni)..hoi..hoi..aku sepak mulut korang yang cakap macam tu kang..kau ingat aku suka-suka tak pakai binatang tu..dah tadi pagi aku bangun lambat..siap-siap pun express gila ala-ala  bas  express tranasional (betul ke aku eja)..aku cari binatang tu tak jumpa-jumpa..nak main sorok-sorok dgn aku plak kan..mmg bolayan lah..


aku serius ni
cuba kau bayang kan..kalau dlm dunia ni tak ada undang-undang..apa yang akan terjadi??
  • kalau aku geram kat kau..dengan senang hati nya aku nak bunuh kau!!(sambil angkat sebelah kening)
  • agak-agak poket dah kering..aku nak rompak bank..tak nak ragut-ragut orang..buat penat je kalau dalam beg nya hanya ada dua henget je(hampeh!!)..rompak bank banyak dapat..
  • hari-hari mesti banyak baby kena buang..memang aku nak tembak lah orang yang buang anak ni..kau dah sedap-sadap,dah buat benih.,dah hasil kan anak..suka hati mak bapak atok tiri kau je kan nak buang anak tak berdosa tu..memang aku tembak sampai habis peluru la..lapas tu aku buang kau dalam longkang macam kau buat kat baby tu..adil kan
  • mat rempit akan jadi kan rempitan mereka tu sebagai kerjaya profesional..(kepala hotak kau lah)
  • peguam semua akan gulung tikar bila tak ada kes yang diorang kena selasai kan.
 dunia ni akan tonggang langgang ibarat kena landa tsunami(eh..eh..)..untuk menjaga keamanan sejagat,sebab tu lah diwujud kan apa yang dipanggil undang-undang..ada faham kawan-kawan??kau nak hidup kau penuh kacau cincau bilau..hei..aku tak hengen howkeyh!!


pada pembaca semua..polis kat Malaysia ni dah banyak makan maki hamun korang..baik korang mintak pestol satu maaf kat polis tu sekarang(ada berani ke)..hidup ni memang telah dicipta kan undang-undang..dalam kalam ALLAH dah tertulis semua nya..so..kau tak payah nak mencarot bila tahu kau dah kena hukum atas kesalahan kau.




Tuesday, 24 March 2009

OWH MELUAT

sekarang aku rasa sangat loya
sekarang aku rasa sangat nak muntah
sekarang aku rasa sangat geli
sekarang aku memang sangat MELUAT!!

*GEDIK*
jangan nak tipu aku kalau korang kata korang tah tahu apa itu GEDIK..okiee adik-adik , abang-abang , kakak-kakak mari dekat-dekat aku terang kan jelas sejelas jelas nya apa itu GEDIK..walaupun dah puas aku dok mencari kat dalam kamus dewan bahasa dan pustaka tapi hampeh tak jumpa pun(buat muka penat sambil lap-lap peluh)

yang aku tahu
yang aku faham
yang aku mengerti
GEDIK
ibarat macam mengada-ngada , manja-manja yang dibuat-buat..nak tarik perhatian orang biar tertarik dengan kelakuan dia..(memang nak makan kasut aku lah kan)..biasa nya perempuan yang selalu dapat nick name ni..

Perempuan memang mempunyai fitrah bersifat manja, cuma cara aplikasinya berlainan..aku memang cukup--cukup alergik tengok perempuan yang macam ni..ibarat macam kena gatal-gatal satu badan lah..aku perempuan jugak..ada jugak naluri ingin disayangi..dimanja..dibelai..tapi..bukan dengan guna sifat macam ni..
aku rasa macam nak tampar laju-laju bila tengok mereka yang mengedik kat depan mata aku ni..tak payah nak plastik sangat lah..meluat betul..jadi lah diri sendiri..tak payah la kau nak tarik perhatian orang lain dengan sifat manja kau tu..kalau aku lelaki lah,memang aku tak kan pilih mereka yang gedik ni..JIJIK TAHU..(muntah!!)

Monday, 9 March 2009

SELAMAT HARI TUA WAHAI DIRI (T___T)

"TUA"
17 tahun lalu
macam mana ye ibu aku meneran nak keluar kan aku dari perot beso dia tu
selama 9 bulan 10 hari ibu aku bawa aku dalam perot dia ke sana ke mari
ish..ish..ish..susah nya.. ='(
TERIMA KASIH IBU
sebab ibu aku dapat tengok dunia
TERIMA KASIH ABAH
sebab abah aku tercipta
aku tak nak sia-sia kan hidup aku
aku nak buat yang terbaik utk mereka
dulu aku kanak-kanak rebina
hingos meleleh-leleh mintak simpati orang lap kan..ahaks..
jalan pon terhoyong hayang lagi masa tu
pakai baju pon main hentam kromon je
naik basikal pon pakai roda 4 tuh haa

tapi..tapi..tapi..
tu semua dah berzaman
aku sekarang dah besar
dah 17 tahun pon (biar betol)
dah tak ada comot lagi
basikal roda 4 tu bapak aku dah jual kat besi burok(sedih)
tiada kata yang dapat aku gambar kan pada hari bahagia nie..hari dimana genapnya usia aku..hari dimana aku imbau kembali masa lalu..ibu abah aku yang terlalu banyak ajar aku utk jadi macam diri aku sekarang ni..dari aku keluar perut ibu aku..aku belajar meniarap..merangkak..aku belajar berjalan sampai aku tegolek masok longkang(aku tipu).. pejam celik pejam celik..dah ANAK DARA pon aku ni..

aku tak mengharap kan apa-apa langsung dari siapa-siapa pun untuk hari istimewa aku ni..aku hanya harap kan doa ibu abah aku sendiri..mereka yang susah payah besar kan aku..mungkin aku bukan anak tang terbaik tapi aku akan cuba jadi yang terbaik..pada pembaca blog aku..doa kan kesejahteraan hidup aku..aku nak berjalan di muka bumi ini dengan kegala kekuatan..aku tahu satu hari nanti akan tiba masa aku akan jatuh rebah..aku harap saat itu aku akan bangun semula menelan segala kesakitan tanpa keluh kesah..aku manusia biasa..aku hanya ada keluarga..aku sayang diri aku..
SELAMAT HARI LAHIR DIRI SENDIRI







Saturday, 14 February 2009

HARI KEKASIH...MESTI KE???


ahaaa..
hari nie hari sabtu
hari nie aku rasmikan blog aku
hari nie bersamaan 14 febuari
hari nie hari kekasih !!!
(berape banyak hari nie haaa)
hei..hei..korang mesti ke sambot hari nie??macam korg sambot besday korg tu..mcm korg ingat hari merdeka tu..??mesti ke??
dalam islam kan larang kita sambut ari nie..
hoi..ni bukan aku yang pandai pandai cakap eh..
kat sekolah aku(aku kecik ag howkeyh!!)pagi2 buta datang sekolah je dah ramai yg sebok dak bace kertas yang ustaz kitorg bagi..
"HARI KEKASIH ITU HARAM"
bukan aku cakap..ustaz aku..aku ulang lagi...USTAZ AKU!!paham??
buat ape korang nak ingat tarikh ni..
bukan masok dlm buku sejarah form 5 pon (eh..eh..)
pada aku..setiap hari adalah hari kekasih
setiap hari mesti ade kasih sayang
tak semestinya tunggu hari ni baru korang nk ckp I LOVE U..memang nak kene sepak laju laju la..
setiap hari boleh cakap
okey pakcik..makcik..abang..kakak..adik..
mari kita sama sama buat sepandok
"KAMI ANTI RASUAH"
(ape ko merepek ni bengong!!)