Saturday, 31 December 2011

Sahabat & Kawan : Part 4



alhamdulillah waktu aku cuti midterm ni semua gelpren aku pun cuti . rabu lepas deal dengan semua , as usual kereta wana yang jadik mangsa and wana jugak yang jadik driver we all satu hari tu .  

*wana . niesa . seha . aku . syara*

if korang baca entri yang lepas , aku selalu berdating dengan wana and niesa . syara masa tu tengah sebok nak STPM , seha pulak tak pernah dapat cuti sama dengan waktu aku cuti . so bila dapat sama macam ni , mesti jugak jumpa dyeall semua . wajib =)


zaman sekolah menengah aku , memang dyeall yang selalu ade dekat sekeliling aku . last sekali aku jumpa seha and syara time hari raya tahun lepas . maknanya dah setahun lebih aku tak jumpa budak dua ni .

*perlu lempang tak buat buka cengitu ?*

syara dah jadik pengangur dekat ghumah . after STPM dia membesar kan diri dekat ghumah je . rindu sangat-sangat dengan budak comel ni =')

*korang pun dah kenal budak ni kan*

owhh yeahh . sem ni aku amek subjek business law and niesa lah jadik tempat  rujukan aku sebab dia kan amek course law. she always remaind me that law is easy . okie niesa , aku cuba jatuh cinta dekat law =.="

*sorok belakang wana sebab cuba menilai sape yang gemok . kehkeh*

hari we all hangout tu baru wana sedar yang dia nie rabun silau . balik dah malam , seram pulak bila wana cakap mata dia tak nampak sangat . takpe-takpe , aku boleh drive . kereta auto je kan , petik jari je . haha

*gemok nya kau , kurus nya seha*

dari sekolah sampai sekarang tak jugak gemok seha ni . aku yang makin mengembang ade lah =.=

*lalu depan ni, mesti mata lelaki buka besar . gambar pempuan seksi kan*

*nengok wayang citer kanak-kanak . tanak tunjuk dewasa sangat =P*

*boleh jadi patung cendana tak?*

semua orang senyum-senyum bila tengok baju aku sama dengan baju kat kedai ni . haiyommm . takan nak pegi lari pulak kan =)



p/s: tak tahu bila lagi dapat kumpul ramai-ramai cengini ==.

Thursday, 29 December 2011

Ending Tentang Dhia


the end of tentang dhia . sobsob . rasanya aku lagi pilih citer ni dari ombak ghindu sebab aku langsung tak menangis nengok ombak ghindu tuh =.= . aku lagi meleleh air mata nengok ending tentang dhia ni . sobsob *hembus hingus lap kat orang sebelah* T__T


selalu tunggu kat tonton je baru dapat nengok tentang dhia ni . cuti midterm ni pulak betol-betol time ending citer ni . syokk lah dapat nengok kat tibi . tapi tak syok sebab tak boleh nak jiwang sensorang . biasa baring depan lappy kat dalam bilik , nengok citer ni sensorang . bila kat rumah nengok ramai-ramai . tadi nangis pun sorok-sorok sebab takut adek and kakak aku gelak kan . kompom kalau aku kat sensorang mesti dah meleleh-leleh hingus . sobsob . 


walaupun ending citer ni buat aku geram sebab mummy dia ni just kena pukul-pukul manja je dengan nenek . tapi puas hati sebab zikir and dhia betol-betol sehidup semati . rancangan allah lagi terbaik dari rancangan kita kan =) . rasanya Ombak Rindu tu tak boleh tanding Tentang Dhia ni . Tentang Dhia lagi best kan =)


p/s : abah aku baru sampai ghumah . balik dari kampung halaman dia kat Negeri Sembilan tengok kem dia kat sana . and guess what , baru seminggu kat N9 dah habis dia bantai cakap minang kat rumah ni . okie abah , saya tahu abah anak minang tapi dah pening dengar abah cakap =..= 

Wednesday, 21 December 2011

Yayasan Kebajikan Negara

jumaat lepas aku pegi YKN . pernah dengar nama YKN nie ? terletak betul-betul kat tengah KL *takde lah tengah sangat* . tak ramai yang tahu rite ? tapi if aku sebut je Jalan TAR or Masjid India , opkos lahh semua tahuu . ekceli YKN ni takde lah jauh mane dari Jalan TAR . korang boleh jalan kaki je dari situ nak ke YKN ni .



*YKN : masih ada yang sayang .. we care*


YKN ni tujuan nya untuk bantu manusia gelandangan . orang yang takde rumah  yang duduk kat tepi-tepi jalan tu . yess mereka semua tu YKN amek and bantu diorang for the better life . ade lahh orang-orang yang akan bagi sumbangan kat YKN ni untuk bantu manusia gelandangan . bayangkan kita dah hidup dekat negara maju macam ni tapi ade lagi manusia yang hidupnya macam tu . 



*amek gambar kat luar YKN *

YKN tak bagi we all snap sepanjang kat dalam YKN ni . ade sebab-sebab yang tertentu . so amek kat luar pun boleh . masa kat YKN ni tak ramai penghuni yang ada . tapi dapt tengok jugak life diall kat sini . memang sedih , kite ni boleh di kira cukup segalanya . tapi masih nak merungut lagik . lumrah manusia kan ==" . so korang yang terlebih duit tu , sumbang kan lah dekatbadan-badan kebajikan macam YKN ni . tak nak kat YKN pun , banyak lagik tempat ada . hulur kan tangan rengan kan beban kan =)


*nana & dayah*

habis program kat YKN ni terus jalan kaki pegi Jalan TAR and Masjid India . orang lelaki sebua sebok pegi solat jumaat , we all sebok jenjalan kat situ . kahkah . and si dayah and nana nie tiba-tiba mengedik pulak nak buat henna .



nampak cantik je tangan bila pakai henna ni . ohh kenapa aku tak pakai jugak? sebab aku nak pakai time kawin je nanti . baru ada seri . muahaha . nampak tak kat situ =P

Tuesday, 20 December 2011

Lotus Five Star



assalamualaikum..patut nya buat entri ni minggu lepas tapi sebok dengan jadual kelas yang agak padat and broadband yang terlalu lembab haram .


*perkenalkan dulu barisan dewi remaja 2012*

hidup student memang tak boleh lari dengan tension . dengan test yang beratur . asigment yang jadi teman tidur . presentation yang buat jiwa kena penuh dengan kompiden and kerja group yang tongkang tebalik . 

selasa lepas , after yasin wing dekat bilik rehan *kenyang aku makan secret recepi* the gedek's geng dengan semangat tekat berkobar obor api , terus cabut nak pegi nengok wayang . okie fainggg memang lambat dah keluar dari UiTM . dah haru biru jiwa masa tu . takut tiket wayang dah takde .


*cuci mata nengok kerenah orang*

dan dengan segala dukacita-cita ali baba nya , memang tiket wayang dah habis ponggg . padan muka sebab lambat datang . dah la lambat , siap boleh tengok drama sang arjuna di templak mak lampir . apakah ? 


keadaan bengang harus di luahkan dengan riak muka . tapi rasanya , muka jiha paling fake ! muahaha . aku nengok cite hindustand gak kang !


berjalan lemah longlai umpama dah nak tercabut kepala lutut sebab tak dapat lepas niat yang dah tersimpat dekat lubuk hati paling dalam . kehkeh =..=


*Avanza rehan memang dia bawak sebab nak sumbat semua kawan . haha*

ingat lagi tak entri masa aku eksiden ? haaa . kereta ni lah mangsanya . sekarang dah buat plastic surgery kat montot tu . dahh cantik =) . ohhh sebab tak dapat nengok wayang . tension dapat di keluar kan dengan makan bertimbun-timbun . hoyehhh we all terus pegi melantak . terima kasih dekat akak kedai makan tu sebab cas we all dengan harga yang erghh . akak ni math dia masa UPSR fail ke ?  

Sunday, 11 December 2011

Oh New Ainin's Brand

sedang berlepak king dengan mereka-mereka lepas habis annual grand meeting banking yang erkkk . oh erkkkk sebab ape ? annoying dengan exco baru sem nic. SEM ni ye kawan . SEM ni *perlu ke caps lock SEM tu?* habis meeting terus keluar cepat-cepat lepas kena rebut kupon *paling benci main rebut-rebut macam ni =..=*. nampak dua budak yang dah cabut awal dari meeting ni terus join melepak . okie fainggg , kau cabut awal ye kawan !! tahu tak aku dah beku kat dalam tadi . cisss .

tengah best bergosip dengan ahli meja bulat . buat tak faham bila guard dah punsing ntah berape kali tak reti jugak we all nak balik kolej. dayah pen stalker terhebat jalankan kerja . kehkeh . habis barang atas meja kena selongkar . ehh banyak ke barang atas meja tu ? HAHA . pempuan biasa lahh , bila dah open table macam-macam dok bergosip . sampai kan si teleng palsu masa jiha present pon jadik topik . maap jiha , usus aku terbelit dengan kau dok meng auta pasal teleng . ape teleng ? kucing jiha yang abnormal . muahaha . fames kau teleng .

rasa nya dah lari tajuk . okie kembali pada berita utama . if kau nampak something yang buat rasa teruja tu membuak-buak keluar tanpa dapat di sekat even guna trafic light pongg ape yang kau akan buat ? lompa-lompat ? jerit-jerit ? haiyommm..buat lah yang advance sikit bagi tunjuk korang betol-betol tengah keterujaan . muahaha 

*ainin or aixin*

tetap nak mengaku tu nama aku jugak . sampai kena hentak-hentak kaki dekat atas meja . nak nama aku jugak . ainin ye ! perlu teruja sedikit tahap semut nengok nama tu dekat dompet . 


see . aku tetap jugak nak cakap tu nama aku . bukan senang nak jumpa .   


lihat lah bertapa kembong nye dompet tu berbanding isi dalam nye . terbaring terkulai layu di kelilingi gadis-gadis . kalau lah kau ade napsu kan ? heee


sangat suka warna mamat biru ni . tapi aku belum mampu nak curang lagi dengan si jambu tu 



*Faralyana Aziz owner dompet*

asyik amek gamba dompet je , owner pongg nak jugak bergamba . sekali aku tepek kan muka kau dalam ni fa . jadik model dompet jenama aku kejap lah ye  *perghasaannn*. ahh nama aku, kau ade ? huahuahua .



p/s: hari ni baru rasa nikmat mandi yang sebenar . habis lecun mandi hujan sepanjang modul tadi . keciwaaa tak dapat masuk hutan ='( 

Thursday, 8 December 2011

Malam Jalinan Budi

assalamualaikum stalker . eh blogger . dah lama private belog , habis mengamuk stalker setia . sori stalker , saya memang malas nak layan kerenah awak yang memang annoying =="

sekarang ni dah masuk sem baru , belum sebok sangat dengan asement yang bakal tiba bergunung ganang nanti . cuma sekarang sebok dengan aktiviti kelab sana sini . haiyommm . benda ni semua sangat lah menimbulkan kemenyampahan tahap bergabanan yang seangkatan ber tantan . erkkk . apakah ? otak belum normal lagik 0__o


tadi baru balik dari aktiviti wajibul ghunah kolej aku . punyalah sakit telinga asyik dengar benda yang samatiap-tiap sem sampai otak ni rasa nak termuntah-muntah dengar . adek-adek junior sayang , ikut peraturan kolej ye sayang . akak-akak senior pun kene erkkk *korek hidong*


nampak tak bertapa gagah perkasanya aku dok dengar ape yang RS cakap . ohh ape RS? kira macam warden jugak lah kalau kat asrama sekolah . tapi malang nya tahap kekosentrasian *bahasa apekah ni* aku ni just tahan around 10 minit . ape ek elehhh ?? kau hingat senang nak suruh aku macam ni ? as usual , kanak-kanak rebina akan memulakan acara merenggang tahap kebosanan dengan cara begini :
|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

V
V


*mengetap gigi untuk membantu gigi tak sempang siur*


*menarik hidung dengan harapan hidung akan tajam macam lady gaga? eh?*


*tidur dalam keadaan mata terbukak dan bibir tersenyum*

gambar lain tak perlu nak ditonjolkan . sebab semua aksi bawak 18sx . ehh macam mana ni? HAHA . ingat kan nak mencabut kan diri dari pogram ni . tapi semua pintu dah kena block sooooooo PADAN MUKA AKU . ehh PADAN MUKA KAMI . bukan ape , bosan tahu nak dengar benda yang sama every sem and still the same issue yang di bangkit kan . grrrr

oh by the way , aku jadik wing cap sem ni . wingmates pongggg senang nak handle . kasut besepah depan bilik , aku kutip masuk dalam tong sampah . baju yang dah lama menyemak kat ampaian aku simbah dengan air lumpur . muahaha . kejam kannnn ? muahahaha *gelak setan* aku auta je semua tu . woiiii aku wing cap yang sangat sepoting okeh . tak caye pegi tanya wingmates aku *masuk baku angkat sendirik* hahai 

Thursday, 3 November 2011

Contest Gambar Paling Sengal



pestime nak join contest . sebelum ni dok nengok je blogger lain join contest macam-macam . Adik Aida owner belog yang buat contest . haa agak-agak korang kalau aku letak gambar kat bawah ni dah kira gambar segal tak?


muahaha . juling tu harus di luahkan . haishhh apakah ? 

korang yang nak join tu , sila lahh pegi kat belog tu ye . comel je owner . sekolah lagik . kawaan ku yang sengal wana gemok and jiran bilik , anda di tag lagik =)

Menjawab Soalan Yang Di Tag

assalamualaikum . malam yang sejuk amat dekat bumi Batu Pahat ni . taip entry sambil bergulung dengan selimut . ngeee~~



semalam cik fiqa owner belog pink yang cantik tu tag aku . thanx dear . sila ke belog pink beliau =)

syarat-syarat menjadik isteri idaman malaya . hihihi*gelak ayu* . okie ekceli syarat-syarat entry ni :

           --> you must post the rules (done , kan aku tengah taip nie)
           --> each person must post 11 things about themselve in their journal
           --> answer the question the tagger set for you in the post and create 
                11 new questions for the people that you are tagged to answer
           --> you have to choose 11 people to tag and link them to the post
           --> no TAG back okeh !

haiyommm . wahai stalker kesayangan ,mesti kau nak sangat tahu pasal aku kan. so , entry ni boleh lah kau tersenyum gembira sebab sekarang aku nak bagi tahu 11 perkara tentang aku . take note ! cepat amek pen kaler-kaler buat note pasal aku . muehehe =P

  1. peminat pink tegar . pecinta merah jambu (bukan sama maksud ke ni?)
  2. suka mandi lambat-lambat . 
  3. tak suka gosok gigi bila bagun pagi and terus ngap sarapan . HAHA
  4. pakai lappy compaQ . belom mampu nak pakai apple . 
  5. celcome broadband jadik pilihan tapi hampeh lembab gila bila guna dekat uni =="
  6. tak suka pakai minyak wangi and takde langsung minyak wangi sebab elergik dengan bau wangi-wangi nie 
  7. lagi suka berbloging dari berfacebooking =)
  8. tak suka pakai spek mata sebab dah rasa macam alient . HAHA . kompiden macam orang nampak =P
  9. ade bulu mata yang lentik , so tak perlu nak pakai maskara *cepat cakap aku belagak*
  10. sangat kuat melantak . gila dengan double cheese McD *nak belanja ?*
  11. tak suka makan tom yam and asam pedas . jangan tanya kenapa .
okie , nasib baek 11 je yang kena bagi tau . kalau dah kena berpuluh puleh . hamboiiii , riang gembira lah stalker kan =='

Cik Pika bagi aku 11 soalan jugak . dah ghase nak jawap final exam lah pulak 

apa nama penuh korang : 
--> silz tengok header aku . tu lah nama aku =)

penah mimpi buruk tak.. cerita laa : 
--> erkk . mimpi buruk tu yang kita mimpi hantu tu ke ? hehe . boleh di terima tak ?

sebab ape korang jatuh cinta dengan bf korang : 
--> aku takde bf lah . aku ade kekasih hati je . so takde jawapan . muahaha


siapa idola korang : 
--> wehhh . idola aku ramai sangat lahh . yang paling best , ibu aku . sebab ibu aku masak sedaappp . nak jugak jadik macam tu =)

tinggi & berat korang : 
--> kenapa soalan ni macam susah sangat !! 152cm,46 kg.

cikgu yang paling korang sayang : 
--> semua nya aku sayang . takde pilih kasih =)

hidup tak selalu indah kan..kadang-kadang kita di keji, kadang-kadang kita jatuh tersungkur..so,apa yang boleh buat korang tabah hadapi dugaan tu:
--> yess . aku penah jatuh . bukan senang aku nak bagun . yang penting semangat kena kuat =')

apa makanan yang korang paling rase nak makan sekarang :
--> double cheese McD . alahaii , dah lama tak makan =="

apa hadiah yang paling korang nak bila birthday korang :
--> kereta warna pink . boleh ku bawa ke sekolah . pon pon pon . HAHA . gila demand tak ? soalan pun 'yang paling' kan =)

apa perkara gembira yang pernah korang buat dekat mak ayah korang :
--> bagi menantu kacak sedunia . kahkah . opkos lahh buat mak ayah aku gembira bila aku berjaya . sekarang dah setadi dekat u . berkad doa dorang jugak kan . alahai . sedih lah pulak *sob sobb* 

siapa insan yang paling korang rindu :
--> siyesly . dah hampir setaun , tetiba aku rindu gila dengan 'kanda'


hoiiyemmm .bepeluh-peluh kau jawab soalan nie .takde lagi susah ke nak bagi soalan ? hehe . lepas ni aku pulak nak baud soalan . ni dia calon-calon penjawab soalan cepu gangsa aku . kehkeh :
ni dia soalan bertaraf tadika aku bagi kat korang
  1. cite katon ape yang korang suka nengok
  2. makanan ape yang paling last korang bedal
  3. sekarang pakai baju kaler ape
  4. suka kaler ape and kenapa
  5. blogger yang paling korang suka
  6. sebelum tidur ape yang korang akan fikirkan
  7. sambil taip enrty ni , korang buat ape lagi
  8. barang apa yang korang baru beli
  9. bila last korang nangis
  10. impian yang korang nak sangat jadi kenyataan
  11. komen lahh pasal belog pink aku ni . muehehe
haaa . betape senang nya soalan yang aku bagi . cepat lahh jawap dengan husyuk and tawaduk nya . jawab ikot skema jawapan matematik *apakah* HAHA . selamat menjawap kawan =)

Wednesday, 2 November 2011

Mencari Laut


aku suka tengok laut . bila otak tengah serabut memang laut yang aku cari . tapi tade lah time otak serabut je . anytime kalau aku balik , aku mesti nak pegi pantai , nak tengok laut . 

tadi keluar pegi carik destinasi yang tak pernah nak dituju . dah selalu sangat pegi pantai yang sama , cuba pulak carik pantai yang lain tempat .

orang kate , kalau tak tahu bertanya . betul tak ? bila rasa macam diri ni nak jadik penyiasat tanpa bertanya , nilah jadik nya : 





*tempat pelabuhan nelayan*

lain yang di cari lain yang di jumpa . mencari pantai sehingga penghujung jalan mati . akhir nya ni yang di jumpai . kahkah . tapi tak salah kan kalau nak mencuba . masa ni pun dah gerimis je . almaklumlahh , hari-hari hujan je . kain jemur pun tak kering . paras air laut pun dah naik , elakkan dari banjir je .



p/s: tengah sebok amek gambar nie , 'kawan' dok memperli sebab dah tahu mesti nak masuk kan dalam belog . HAHA . terima kasih kerana memahami =P

WordLess Wednesday



jangan kuning kan sangat otak tu bila nengok makanan nie =.="