Monday, 29 August 2011

Duit Raya Please

saya AININ SURAYA . baru berumur 9 tahun .masih lagik kanak-kanak rebina . tidak matang lagi . awak harus bagi duit raya kat saya sebab saya seorang budak yang superb comel *ok bagi penampar cepat*


oh hye bloger . and hye juga untuk stalker :) 


esok nak raya kan . horeyyyy !!! *lompat bintang* . emm.. apa lagi yang tak siap ye ?

                       (/) baju raya dah beli
                       (/) kasut raya pakai taun lepas punya *jimat disini*
                       (/) kuih raya dah belambak 
                       (/) rumah dah kemas
                       (/) langsir dah pasang
                       (x) duit raya..erkk ??


ok bab sattle  kan duit raya ni yang memang aku menyampah . tengah sedap baring tetiba dah di turunkan mandat isi duit raya dalam sampul . ahh memang   menguji kesabaran mata dan tangan (eh..eh..)


dulu masa kecik-kecik , suka buat keje ni sebab au tahu nanti aku boleh dapat duit raya yang superb banyak . lepas tu boleh lah beli choki-choki dekat kedai Pakcik Atan tu.

tapi bila dah besar macam ni . ciss !! buat keje ni yang paling aku menyampah . dah lah nanti tak dapt duit raya . patut nya budak kecik-kecik ni jangan bagi duit banyak . nanati habis di buat beli choki-choki . orang besar macam ak ni yang patut dapat duit raya banyak sebab nanti nak simpan dalam tabung buluh buat bayar duit PTPTN . kehkeh .


orang beri , kita terima . orang tak beri , kita mintak jugak . Haha . takpe-takpe . malam ni nak mimpi doremon and mintak doremon jadik kan AININ SURAYA ni kembali berumur 9 tahun sampai habis cuti raya ni . nanti sebelum balik Uni , mintak doremon jadikan aku yang asal semula . aku nak jadik budak yang comel dan di gilai oleh pakcik-pakcik untuk di jadikan menantu bila dah besar nanti . kehkeh =.= 


"Duit Raya Please ^__^"

okBhai

Saturday, 27 August 2011

Adik Aku Supper Dupper Erkkk =.="

hye blogger . hye stalker .


dah siap pesiapan raya ? baju bape pasang dah uall beli . kasut macam mana yang uall pilih ? rambut pulak gaya ape yang uall potong ? semangat betul  nak raya ye . aku dah besar macam ni , semangat nak raya biasa biasa je . lagi lagi lagik bila dah tak dapat duit raya =.=


raya ni dah niat nak lari dari kaler pink . nak cari warna lain pulok . walau dalam hati dah berontak tetap jugak nak kaler pink . ngeee (^__^) . sampai je rumah , kaka gemok dah ajak pegi shopping . hey kaka , tak tahu ke adek kau ni penat . baru je sampai rumah kau dah nak dera ikot kau pegi shopping .


  
first time keluar pakai pashmina . sebab shopping kat tempat yang cool kentang . walaupun boypren akan cakap "sayang , u lagi cantik pakai shawl, tak sesuai lah pakai pashmina ni" =.= (oh tipu saja) . dialog rekaan semata-mata . cool stalker . jangan gelabah . 



keluar shopping sebab di paksa ibu untuk bawak budak kecik ni . banyak betul cekadak budak ni . nak patah kaki aku layan dia . barang dia dari A to Z kena carik . kasut nak ikut selera dia . baju tak nak macam tu , nak yang macam ni . sumpah penat . pinggang dah rasa macam nak patah . 


bukan setakat tu je . nampak pulak badot ni dah sebok dia merengek rengek nak belon . haishh . nampak aku sumbat dia dalam troli tu ? haa senang keje nak angkut dia . tak payah nak dengar dia asyik cakap penat nak jalan . ehh ingat kaki aku ni tak penat ke sayang oii . 


see . belon kat tangan tu lah yang dia sebok nak sangat dari badot tadik . lepas tu boleh pulak buat kedai macam rumah sendiri . suka suka hati dia je nak baring  macam tu . haishh .  


aku rasa macam nak masuk sekali dalam troli and suruh kaka gemok aku yang tolak . kaki dah tak larat nak jalan . agak-agak ape yang orang dekat situ akan cakap ye ? tehee . oh , baju raya pun aku tak beli lagi . takde semangat nak raya . cuti raya kejap sangat lepas tu dah kena balik UiTM .

Lecturer Aku Kejam !!


sebab aku tak boleh cabut kelas awal awal nak cuti raya . semua orang dah kemas barang barang nak balik raya , aku pulak sebok mengadap buku sebab nak test ngan kuiz . lecturer aku saja je buar kuiz and test last last macam ni . saja tak nak student dia cabut kelas awal . haish =.="

dekat dalam bilik , lappy dah bukak lagu raya je . tanda memberontak nak balik raya ! lagi lagi berontak sebab dah 3 hari aku tak mandi . apa ? selekeh ?   ahh . dah tiga hari uitm ni kemarau air . air ada 1 baldi je nak survive hidup sampai nak balik cuti . air tu lah nak buat gosok gigi + air wuduk + air buat melabur . 3 hari pegi kelas tak mandi . sadis betul .  


beli air botol sebab dah takde langsung air nak di rebus. dah takde air nak di minum =.= .  beli jajan untuk sahur , sambil konon konon nak study . ahh susah nak study kalau makanan dah ade depan mata . 


lebih banyak makan dari study . kesudahan nya masa jawab kuiz , redha je lah dengan apa yang aku jawap . lecturer pun dah tahu yang we all ni jasad je yang ada dekat uni tu tapi rah dah sampai lama kat rumah . home sweet home kan :) naik cuti ni lagi berlambak lambak test . haa padan muka aku =.=

Annoying ! oh please lah !

assalamualaikum . lagi 2 hari nak raya . by the way , hye my stalker :)

kau tahu , makin hari aku makin annoying dengan kau . tak penat penat ke nak stalker belog aku ni ? ade je yang tak kena kat mata kau kan . aku rasa semua aku dah cakap kat kau dekat entry blog lepas aku kan . apa lagi yang kau nak?

oh, ekceli gamba aku kat entry nie, gamba dah lama la weh. jangan nak sempit sangat fikiran kau tu boleh tak. snap gamba pun guna phone je, mana la boleh nak tunjuk tarikh gamba tu kan. mesti bila kau baca ni kau akan cakap aku tipu kau kan. cakap tak serupa bikin. so what ever lah. barang tu pun ntah mana aku dah campak. note kat situ okie. 



kau cakap apa ? "harap pakai cun tapi perangai tak cun". kau nilai aku dari mata kasar dah nak cakap aku macam ni. oh mesti sekarang kau akan cakap "memang betol pun kau macam tu". don't judge a book by its cover lah. benda yang dah lepas kau nak ungkit-ungkit. kau tak kenal aku, jangan ikut sedap mulut kau nak cakap. apa yang berlaku dulu tu dah berlalu. dah berapa kali aku ulang cakap benda yang sama. apa sebenar nya yang kau nak lagi dari aku? nak aku kembali jadi macam dulu lagi. nak macam tu? kalau aku dah lepas kan, jangan buat macam aku tak lepas kan lagi. note lagi kat situ .

aku tak pernah rasa bangga pun lah dengan apa yang aku pakai . dengan apa yang aku buat . aku dah pulang kan barang tu kan. ada kat rumah kau kan? kau nampak depan bijik mata kau kan barang tu dah kembali pada pemilik asal nya. benda ni pun kau nak cakap kan lagi ke . apa point kau kan sini sebenarnya haa? kau wish aku cakap apa? kau suruh aku berubah , yes aku buat . aku cuba . tapi kau ? apa perubahan kau dah buat ? ada ? kau masih kat tapok lama . masih tertumpu pada benda-benda lepas . wake up lah . 

dah lah . aku cuba nak jernih kan keadaan . tapi kau yang nak keadaan terus jadi keruh . masih nak blame aku . sampai bila . ye aku memang tak nak orang hina, maki, kutuk aku . takde sape pun yang nak . aku tak nak cakap kasar dengan kau . tapi kalau kau baca ni and kau rasa ayat aku kasar , maaf lah . every human is not perfect .   



 p/s: apa yang 'adik angkat dia'(adik angkat ke?) tu cakap tentang aku pada kau ye? jangan kau percaya 100% . dia tu pun pernah hebat mungutuk diri kau pada aku . 
p/ss : pepatah "tahap ilmu seseorang itu yang membeza kan cara dia berfikir" . sorry to say . tapi kau dah membukti kan nya .

Friday, 19 August 2011

Kadang-Kadang Terpaksa Nakal Dalam Test

walaupun pengawas peperikasaan cakap "please turn off your mobile phone during the examination". ohh please lahh. dah tiga sem dekat uitm ni tak pernah sekali pun aku off kan handphone tapi tukar pada silent mode je. perlu ke nak off kan, yes dyeall takut student akan guna phone untuk tiru-tiru ryte. ehh tak semestinya nak kena nak tiru guna phone tahu! oh okie, nampak sangat aku macam tahu cara nak tiru yang paling berkesan kan. kehkeh


lepas tu bila tak dapat nak jawab soalan macam-macam gaya yang di buat. duduk besila lah. main-main padam meja lah. conteng-conteng kertas soalan buat muka lecturer kat situ lah . macam-macam!! dengan harapan bila buat macam tu akan ada jawapan yang tiba-tiba muncul dalam otak. exceli phone tu banyak kegunaan nya bila kita dalam keadaan macam ni bila tengah exam . antaranya ialah :






perkara yang harus dilakukan sebelum pergi test adalah snap gambar sendiri and send pada makhluk plenet marikh supaya mereka dapat sampaikan rada yang mampu menbuat otak kita bijak macam AININ SURAYA. kehkeh


*DAYAH ANAK PAKCIK APAM*

*JIHA ANAK PAKCIK BAHA*

bila otak dah makin serabai, lagi lah otak makin nakal. pelan-pelan keluar kan phone dalam kocek doremon and snap gambar yang merepek . HAHA






jeling-jeling muka yang confident dapat jawap test dengan tepat muktamad dengan harapan kekonfidenan dieall dapat mengalir dalam diri sendiri. tehee. 








tapi harapan ternyata hancur lebur bila tengok muka dyeall, otak makin serabai. apa lagi, bila dah macam ni kenakalan menguasai napsu . ceh =.=
kacau orang kiri kanan berharap dyeall faham perasaan diri ni yang dah blank tak tahu nak tulis apa dalam paper exam. bila dyeall dah annoying, maka akan dicampakkan sejepuk jawapan pada kita. ok nice di situ.




p/s: jangan tiru aksi ini kalau tak mahu uall di campak keluar dewan exam. bila dah pro macam aku je boleh buat macam ni . HEHE


Wednesday, 17 August 2011

Rabu Tanpa Kata - Kata


*hai saya encik makanan yang unik*
sifat orang yang tak matang memang macam ni


Thursday, 11 August 2011

ENTRY SEPANTAS JET


hi blogger . hi stalker . hi hacker .
habis kelas cepat cepat bukak belog . tengok apa yang jadik . hati terberhenti kejap bila tengok belong . tapi sekarang dah charge balik bateri nak gerak kan balik jatung ni =.="

hari ni sangat full dengan kelas . kejap lagi ada kelas lagi . kena taip cepat cepat . solat tak lagik ni . siap siap nak pegi kelas pun tak lagi ni . haishh . 
ekceli dah 11 ramadhan kan . dah 2 tahun puasa jauh dari family . buka puasa pun ala kadar je . kadang kadang buka pun makan roti dengan tuna . tak sempat nak membazir masa pegi bazar beli makanan . asigment sangat suka bermanja dengan aku . terlalu banyak asigment nak kena siap kan . due date pun sebelum cuti raya ni . 
tadi baru lepas delete semua entry lama . yang dah tak berkaitan lagi untuk di ingatkan. tak nak ada lagi yang salah anggap dengan benda ni . benda yang dah lepas tiba tiba nak di cerita kan lagi . mungkin susah nak faham apa yang dah berlaku . tapi entah lah . bukan kita yang nak semua ni  jadi . halang lah macam mana sekali pun . benda tetap akan jadi .  kuasa Allah kan . siapa yang dapat jangka . cakap lah maaf macam mana sekali pun . sampai kan benda ni dah terlalu annoying buat aku (T__T)

ada sepuluh mini lagik nak siap pegi kelas ni . nak solat lagi . ada yang tergantung kat entry ni . akan di sambung bila jari rela nak menaip =)

ohh by the way . carma low . who know kan (T__T)




SPONTANEOUS THURSDAY : BUANG YANG LAMA



dalam proses mengdelete segala cerita lama dalam belog ni . tak mahu ada insan yang salah faham lagi . cukup-cukup lah


Thursday, 4 August 2011

Siapa Kenal Aku . Sila Angkat Kening Macam ni ^__^

bagus anak anak . ni bukan tiru gaya usop wilcha . ni gaya Ainin Suraya .memang entry ni akan membuat kau rasa macam nak cepat cepat bla dari belog aku . entry pereasan pames ye sayannggg. diulangi . entry perasan pemes .



aku ni kadang kadang rasa macam nak jadik macam datok siti . mana mana pegi semua orang kenal . tapi sejak sejak dia kawin dengan datok K and sejak sejak dia pakai apejadah haram pembalut rambut tu . ciss terasa amat annoying pulak kat dia . terus cepat cepat delete hasrat nak jadik pames macam dia .

lepas tu teringan pulokk nak jadik macam Lisa Surihani tu . dah lah cantik , pandai pulak tu . memang superb best lahhh . tapi bila denga dia sebot 'R' terasa macam kena pegi sekolah tadika balik . macam mana bole pelat ni kaka chantekk =.="

ahhhh . persetankan semua tu !! *setan dah kena gari lah =.=* . jadi diri sendiri kan senang . tak payah nak pening pening . tak payah sebok sebok nak tiru macam Hanis Zalikha yang sempoi gila pegi kelas . *ehhh pahal budak budak Uni ni teruja gila haa tengok Hanis Zalikha tu* . tak payah nak seksa diri ikot gaya Hanna Tajima*betol ke aku eja* . kan senang kau jadi diri kau sendiri . 






panjang betol mukadimah . straight to the point kan senang . semudah makan cekodok cecah budu *aikkk =.=* . ekceli aku rindu gila dengan zaman sekolah . aku dulu nakal . suka gila tido dalam kelas . lagi lagi kalau subjek yang suruh aku dengar and baca . haisshhh . lemau gila !!


dulu dekat sekolah menengah , orang panggil aku GAGAH PERKASA . biasalah kalau dah duduk kat asrama tu macam macam gelaran ada . annoying gila !! paling magkok lagi , dorang tak tahu nama betol aku . cehh main sedap kau panggil aku gagah ae . Ainin Suraya kau tak kenal =.= " . ekceli sampai sekarang aku tak tahu sebab apa aku boleh dapat nama tu . and sebab nama tu jugak ramai orang kenal aku . boleh lah rasa pames siket macam Datok Siti tu *lempang* .



ingat kan bila dah tinggalkan zaman sekolah , dah tak ada lagi panggilan tu . tapi cehhhh . ada jugak mangkok ayonn ex-hostelmates aku kat UiTM ni . nasib baik kau dah jadik abang senior aku kat sini . kalau tak aku dah campak kau dari tingkat atas bangunan kayang tuh =.=" . *bulan pose !bulan pose ! kawal napsu marah wehh*



rasanya tak perlu aku nak merapu panjang panjang kat sini. zaman sekolah je aku pemes . tak payah nak perasan yang budak budak dekat Uni ni kenal aku macam diorang kenal si Hanis Zalikha *terasa macam nak pegi kolej suluk belingkong lah pulokk skodeng si Hanis buat apa . kehkeh* dah dah . seruan asemen yang belambak gila tu dah datang . malam ni tido maka esok pagi akan bangun dengan keliling mata yang hitam . boleh jugak digelar AININ SURAYA SI PANDA . cehhh =.=


nak pegi menguji otak buat asemen satistics
kbhai