Saturday, 29 October 2011

Sahabat & Kawan : Part 3


ibu selalu pesan " cari kawan yang bawak kita ke jalan yang baik bukan bawak kite ke jalan yang seronok" . alhamdulillah aku ada kawan macam mereka .  

*doakan kami akan jadi nurse , lawyer , banker yang berjaya =)*

 *nisa yang tak singgle and wana yang masih single&available*

cuti deepavali ritu baru lahh dapat berdating dengan jayanya . memasing balik cuti . masa macam ni lahh dapat jumpa , kalau takk memang non hadoo0o . last jumpa masa raya ritu . fine ! sangat lama tak jumpa ==,


bumi batu pahat ni nasib baik lah tak besar mana . kalau tak dah habis we all jelajah semua nya. habis semua shopping mall kena terjah . satu hari 6 tempat we all pegi . pantai je we all tak dapat nak pegi sebab hujan . emm  bukan senang nak kumpul macam ni . swear , I love them so much <3

*wana jadik driver rasmi kitorang ritu*

wana sayang , one day awak akan jumpa Mr.Right awak . benda yang dah lepas , biarlah . jangan salah beri hati lagi dear <3

*terjumpa pulak Dayah and her boypren masa jenjalan dekat BP Mall*

dayah gedek . jaga pacik panda tu baik-baik . nak gadoh-gadoh meh biar aku yang tolong pi tumbuk zarul tu =)

my dear friend , don't walk behind me , I may not lead you . don't walk in front of me , I may not follow . just walk beside me and be my best friend =)


*a friend is one who knows you and loves you just the same*

nisa sayang , kau tahu apa yang orang lain tak tahu . cepat-cepat kawin dengan si tonggek tu , aku jeles tengok korang dari sekolah sampai sekarang bekepit je . ingat aku ni pengapit kau nanti okie =)


a friend should be one in whose understanding and virtue we can equally confide ,and whose opinion we can value at once for its justness and its sincerity



*pegi jumpa Fara kat tempat keje dia*

kawan ketawa gembira senang nak cari , tapi kawan yang nangis sedih duka susah nak jumpa . my dear friends , belajar betol-betol sampai dapat apa yang awak nak . hard time don't last forever but true friendship do . i'll always be there for anything you need . even if it's just someone to listen . 

a friend is one who believes in you when you have ceased to believe in yourself <3


Friday, 28 October 2011

Jom Kembali Ke Sekolah

assalamualaikum . dua hari tak jenguk belog . sebok berdating dengan gelpren kecintaan . masa yang ada harus di manfaatkan kebaiknya . 

pagi jumaat yang sebok . kemas rumah , mop lantai , basuh baju , oh masak kejap lagik . susah jugak jadik suri rumah tangga =='


zaman sekolah dulu memang paling ohsem . rindu sangat dengan zaman ni . dulu masa zaman ni tak sabar nak habis sekolah . tapi baru dua tahun habis sekolah dah rindu dengan zaman ni =.="

nak tahu apa yang aku rindu ?

--> opkos lah PAKAI BAJU sekolah . rindu nak pakai baju ni . dekat uni ,bantai je nak pakai baju apa janji ikut sahsiahnya . apa sahsiah tu ? macam undang-undang jugak lah . ohh sem 3 aku dah capai apa yang aku nak . apa dia ? emm aku just nak pakai baju kurung pegi kelas . full week pagi kelas pakai baju kurung okie . sepanjang sem ! yes aku capai . and sem depan nak terus kan apa yang aku dah buat =)

--> aku rindu nak jadik MC tiap kali perhimpunan hari isnin . boleh pegang mekropon , cakap dengan gaya macam nak umumkan esok pose .hikhik

--> kawan-kawan kat sekolah dulu sanggaat ramai . rindu nak gosip-gosip ngan dorang . rindu nak gadoh-gadoh ngan dorang .kawan ramai maybe sebab aku duduk dekat hostel . and maybe jugak sebab nick name aku kat hostel tu GAGAH . ok sumpah sampai sekarang aku tak tau mane datang nama GAGAH tu =="

--> rindu nak tido dalam kelas . habit aku memang suka tido dalam kelas . tapi bila kat uni ni , tak rasa pun nak terus kan habit tu . maybe enviroment dah lain .

--> masuk makmal sains buat kajian memacam . buat kajian kimia paling best sebab main cecampur segala benda . hahai rindunyaaa . sekarang pegang calculator je lah =="

banyak benda yang aku rindu . kalau nak senaraikan semua nya memang tak habis sampai esok . rindu nak balik sekolah sebab ade someone yang selalu tunggu depan pintu pagar sekolah .  now semua dah beza , memang aku lebih matang tapi keadaan dah berubah . and tak mungkin dapat ulang balik semua tu .

Wednesday, 26 October 2011

WordLess Wednesday



There is nothing on this earth more to be prized than true friendship <3

Monday, 24 October 2011

Bersyukurlah Perampuan

assalamualaikum =)

tengah jenjalan dekat pesbuk sambil buat muka paling comel *sila muntah* mensekodeng updated status bebudak kat pesbuk tu , tetiba ternampak ni  : 


kalau dia bagi alasan " kita bukan muhrim , tak boleh naik moto sesama sebab tak manis orang pandang . saya nak jaga air muka ibu abah . sebab tu saya tak boleh dating ngan awak " . wehhh aku boleh terima kalau kau cakap macam tu . tapi sebab takde standard dating naik moto memang aku rasa nak baling kau selipar hitam putih aku yang pames dek pak guard UiTM tu kat kau wehh . yess aku baling kau selipar hitam putih aku tu . so sem depan aku boleh beli selipa baru . nanti pak guard takde lah nak marah aku lagik sebab pakai selipa warna sebelah hitam , sebelah lagik putih . 

kalau di takdirkan kau dapat jodoh yang ada moto je , amacam ? terima seadanya lah . harta tu boleh dikumpul . cermin diri kita dulu macam mana . cukup perfect ke diri kita ni nak dapat yang perfect . 


p/s: kekadang tu , benda yang paling kita tanak tu lah yang kita dapat =='

Saturday, 22 October 2011

Rasukan Monster Perot

malam yang sejuk ni , perot aku memang memerlukan tuntutan batin belaian jiwa raga . teringat petang tadi ada buat popiah untuk minum petang . simpan yang lebih dalam ais box . kira macam popiah frozen jugak lah . okie , makcik pakcik , sila ambil saya sebagai menantu anda . lelaki pulak , usap dada and cakap , "pandai aku pilih bakal isteri" hikhik *stalker baca terus muntah hijau* . hikhik . kemain lagi puji diri sendiri . masuk bakul , pandai-pandai lah nak angkat sediri . baru kau tahu berat badan kau yang macam monster tuh .

*sape nak rase , jemput datang rumah . kehkeh*

*abaikan kuali yang dah berusia moyang tuh . tengok isi je dahh lah*

*sebab sambil masak sambil tengok tibi , ni lah jadik nya*

citer Azam Ala Kazam kat tv3 malam ni best !! . sebab curik curik tengok citer ni lah goreng popiah hangus . ehh takde lahh hangus mana , kaler je yang macam tu tapi rasa tetap sama . sedapppp .


p/s : jemput makannn semuaaaaa . nyum nyummm . lepas ni rasa macam nak makan mee hoon sup lah pulak . membazir ibu masak tak habis . hahai =='

Senaman Mulut . Mari Senyum + Gelak Bersama


assalamualaikum . sejuk malam ni . hujan lagik bumi Batu Pahat .haiyommm mata mula lah berat mengada-ngada nak ajak tido cepat . menambah kan kuantiti lemak aku yang sedia tebal and akan berganda dengan suka gembiranya mencomel kan badan aku. hahai .

enrty hari ni sarat mengandung dengan gambar . sebelum tengok gamba kat sini , muncung kan bibir korang ke depan , muncung kiri , muncung kanan . lepas tu bukak mulut besar-besar umpama nak sumbat sebijik double cheese McD dalam mulut . okie , dahhh siap ! jommm tengok dengan husyuk dan tawaduk macam korang tengah baca soklan final exam . hikhik

*fyBOGEL . agak nak penampa nama produk ni*


*agak-agak pencuri sempat baca ke ?*

*kat mane KUANTAU tu wehh =.=*

*cintailah bahasa kita . siap pantun gitu*

*geng Hantu Kak Limah pegi serang bowling *

*kalau baca ni tak sentap jugak , aku tak tahu lahh*

*kelantan memartabatkan betol bahasa negerinya . hebat!!*

*korang yang lelaki tu ,try a bagi text ni kat gelpren korang*

*emosi ! kan dah kena marah!*

*bagus betol signboard ni =)*

*banyak songek lah kedai fotostat ni!!*

dahhhh , jangan senyum sensorang lah . korang je yang tak penah jumpa benda nie kan . *pssssttt , aku pun tak penah jumpa . hikhik* . kalau jumpa mesti korang jadik jakon kan . hahai . sama lahh kita .

Friday, 21 October 2011

Subhanallah



Gambar menunjukkan seorang bayi yang belum lahir lagi, berumur 21 minggu

 (~ baru 5bulan) yang diberi nama Samuel Alexander Armas. Bayi ini perlu

 menjalankan satu pembedahan khas oleh pakar bedah bernama Dr. Joseph 

Bruner. Bayi itu telah di sahkan melalui diagnosis sebagai mengidap sejenis 

penyakit bernama “spina bifida”, dan tidak mungkin ia boleh hidup jika tidak di 

bedah dahulu sebelum dilahirkan ke dunia ini.


Ibu Samuel pula adalah seorang jururawat perbidanan di Atlanta, Georgia. 

Beliau dapat tahu bahawa Dr. Joseph Bruner merupakan seorang pakar bedah 

yang handal melalui prosedur pembedahan uniknya. Dr. Bruner bertugas di 

Vanderbilt University Medical Center di Nashville, USA. Beliau telah melakukan 

pembedahan yang unik ini ke atas Samuel semasa bayi ini masih lagi berada di 

dalam rahim ibunya. Semasa pembedahan sedang berjalan, doctor tersebut 

telah membuka rahim si ibu menggunakan “C-section”, kemudian membuka 

pula satu lubang kecil untuk membedah bayi tersebut.


Sebaik sahaja Dr. Bruner selesai melakukan pembedahannya ke atas baby 

Samuel ini, bayi kecil ini telah menghulurkan tangan kirinya yang masih kecil 

tetapi telah sempurna kejadiannya, melalui lubang kecil tadi lalu terus 

memegang erat jari pakar bedah tersebut. Dr. Bruner telah di laporkan sebagai 

berkata kemudian bahawa apabila jarinya di pegang oleh bayi tersebut, dia 

merasakan sesuatu yang ganjil yang amat menusuk perasaan di sanubarinya, 

dan pada ketika itu juga dia berasa seolah-olah kaku dan tak boleh bergerak.


Gambar tersebut menunjukkan tangan bayi berumur 21 minggu itu memegang 

jari Dr. Joseph Bruner seolah-olah ia hendak memberi kata-kata penghargaan 

kepada doctor tersebut kerana telah menyelamatkannya.


Ibu Samuel pula berkata dia sekeluarga telah melinangkan airmata selama 

beberapa hari apabila melihat gambar tersebut dan berkata, “Gambar itu 

mengingatkan saya bahawa apabila saya sedang mengandung ianya bukanlah 

kerana satu penyakit atau pun keuzuran, akan tetapi ianya adalah mengenai 

seorang manusia yang kerdil”.


Apabila sampai masanya, Samuel telah dilahirkan di dalam keadaan yang 

sihat, dan pembedahan yang telah dilakukan keatasnya adalah juga 100% 

berjaya.Lihatlah gambar tersebut, betapa ianya amat menakjubkan kita 

semua. Namun kita juga harus mengambil iktibar daripadanya, bahawa ianya 

adalah satu-satunya lagi tanda kebesaran dan kekuasaan Allah SWT! Manusia 

hanya boleh merancang sambil mengusahakan sesuatu, akan tetapi Allah SWT 

jua yang akan menentukan segala-galanya.



p/s : sumber pesbuk persatuan ibu-ibu comel mengandung

Thursday, 20 October 2011

Zaman Sekolah Aku Dulu Takde Pesbuk

assalamualaikum . alhamdulillah masih diberi nafas sampai saat ni . sejuk nya bumi Batu Pahat waktu nie =)


aku dah gila main game sekarang . sampai tadi kena marah dengan abah sebab asyik main game macam bebudak . abah kate dah mengalahkan adek ake yang kecik . haishhhh . terus angkat lappy nyorok tepi sofa . takut abah nampak aku main game lagik . hikhik . ahhh abah aku jeles sebab aku emosi main game =.="


tengok dunia sekarang ni dah makin maju . memang rasa syukur sangat . semua dah pakai handphone . da main touch skrin lagik *sumpah aku benci pakai touch skrin =.='* . publik phone dah terabai macam tu jek . sekarang tengah hebaddd padal Ipad . lepas ni lappy pulak yang dah terabai .


dulu kan , laman sosial apa yang pestime korang guna ? senang cite , yang pestime sekali korang kenal lah . 



kolot tak aku pakai benda ni . friendster ni lahyang pestime aku guna . masa tu pun dah kat sekolah menengah . tak silap aku masa aku form 3/form4 . sebab kan masa tu rumah aku takde tenet , so kena lah pegi siber cafe . tapi dulu aku dok hostel . bilik komputer hostel tu lah yang jadik mangsa . cakap dengan warden nak buat asigment , padahal dok melantak benda ni . hikhik .



aku bukak akaun ni pulak tak lame lapas aku guna friendster. masa tu dah dok gila main tukatuka loyout myspace aku . opkos lah aku guna kaler pink . rasa kembang idong bila kenkawan puji page aku cantik . hikhik . nanti dalam kelas dok sebok cite pasal kes dala, myspace . aku kenal awek ni , aku kenal boy kacak ni . aku jumpa page minah hampeh tu . haaa . topik hangat !!


*sape tak tau ape ni cepat pegi rendam kepala dalam beldi*
ye anak-anak . ni namanya facebook . orang kampung macam aku sebut pesbuk . dulu kan time aku sekolah , aku tak penah tau wujud nya pesbuk neh . tapi bila negok bebudak sekarang , haishhh . sape yang takde pesbuk tuh dah boleh masuk dalam group katak bawah gerobok lah . adek aku yang 10 tahun nie pun dah ade pesbuk . bukan main khusyuk tawaduk lagik dia dok bejoli kat pesbuk . aku buat akuan pesbuk neh masa aku baru masuk uni . cehh betape kolot nya aku time tuh .

lepas je aku kenal pesbuk nie , aku dah lupa friendster and myspace tu . and yang paling hampeh sekali ,aku lupa password dua-dua benda ni . kejam nya aku . sekarang aku pasti takde sape yang bukak lagi friendster and mysppace tu . tapi bila aku tengok bebudak sekarang nie , bila dah buka pesbuk nie , dah macam kena pukau . tak boleh nak tutup , dok melekat je . *cakap tentang diri sendiri . okie , sila lempang* . nasib baik zaman aku dulu takde pesbuk ni . kalau tak , memang aku tak belaja . silap ari bulah , takde nya aku dapat masuk uni ni . *cehh konon skema lah ngadap buku je*



p/s: pesbuk aku ade 158 friend request yang tak di approve lagik . 
p/ss : aku takde akaun twitter and tagged . *kolot nya* . oh , aku ada skype yang dah bersawang =) 

Tuesday, 18 October 2011

Single Tanpa Gelpren



*try nak buat muka comel . tapi GAGAL*


*LICIN sebab aku kebulur*

                                            -->shopping
                                            -->tengok wayang 
                                            -->makan KFC 
                                            -->pegi book store 

see , aku boleh hangout sensorang . cool kentang jalan kat shopping mall sensorang . hey girlpren , cepat lahh balikkk . dah mati kutu ni takde kawan . cepat balikkk , nanti kita bolehhh pegi dating =D

Sunday, 16 October 2011

Permainan Masa Kecik

assalamualaikum *versi upin ipin*
hahai boboy kacak *kenyit mata*, hahai gegurl gojes*lambai tangan*


semalam tak hapdet belog langsung kan . semua ni gara-gara sang demam menghinggap diri . ni pun tengah demam lagik . malas nak layan demam neh , nanti makin ngengade pulokkk =.=" . makin di layan , makin demam lah .


aku rindu zaman kecik-kecik dulu . ohsem betul zaman tu . betul tak ? . masa zaman ni lantak lah , takde rasa malu nak buat pape . korek hidung depan kenkawan pun cool kentang jek . hingus meleleh-leleh pun relax je lagik . muka time tu comot momot habis*apakah maksud neh?* . sumpah aku rindu sangat zaman tu . dulu aku kecik-kecik baaannnnnyyyyyaaaaakkkkkk sangat memain . alhamdulillah dapat jugak masuk uni . jomm ikot aku imbau mainan aku time hingusan dulu .



ni gasing ye anak-anak , apaaa ? macam budak lelaki main gasing ? dulu kan memang aku ganas , dah macam tomboy . tapi dah besar macam neh dah change jadik gadis melayu *hikhik* . exceli aku tak pandai sangat pun nak main gasing , baling ikut sedap je . kalau pusing tu kira nasib baik lah =)


haaa . ni galah panjang . bukan tangan panjang ye adek-adek . tu mencuri , report mak kanggg ! main galah panjang ni selalu dengan family je , dah cukup kolum pun *nampak sangat family aku besar* .  


apa bungkus-bungkus ni? yess main batu serembah *ehh betul tak nama ni?* . dulu , pantang je cikgu takde dalam kelas terus keluar kan benda ni buat main . laki pompuan bantai main sesame . selalu main pakai batu je , kutip kat tepi jalan tu haa . bebudak yang rajin tu , buat lah benda ni . so masa main takde lah sakit tangan . masa main ni , mata kena fokus bebetol . aku dah lupa mainan ni sampai level berapa . tapi sapa yang paling cepat habis leve and dapat ulang game banyak kali tu dah kira pemenang . budak teror tu lahh aku gerun nak main =.= *pengecut betol*


main guli . sapa penah main? masa tu asal pegi kedai je beli guli , kedai kat luar sekolah tu pun ada jual guli . aku tak pandai lah main ni , asal baling je mesti tak kena . kenkawan yang lain syokk lah sebab dapat rembat guli aku . 


howkeyhhh . next is teng-teng . lompat-lompat dah macam katak . main ni paling susah kalau rumah kat depan dah full . memang kena lompat jauh lah . bila tepijak garis je dah mati . sampai sekarang aku main lagik tapi main masa kat kampung ayah aku lah .  rumah nenek aku laman pasir , bukan tanah . so main atas pasir takde lah sakit kaki . haa opkos lah aku kaki ayam je bila main ni . ibu bebel pekak kan telinga . hikhik . 


rasanya mainan ni sampai sekarang kot bebudak main . main lawan pemadam .  masa ni aku siap ada kotak buat isi pemadam . banyakkk sangat pemadam aku time ni , buat koleksi . kembang hidung bila kenkawan kate *banyak nye pemadam kau , cantik-cantik pulak tu*


*nenek-nenek si bongkok tiga , siang malam asyik berjaga . mencari cucu dimana saja , nenek ku kawin dengan anak raja* . see aku ingat lagik lagu ni . apa nama mainan ni ? aku lupa . tapi selalu gegirl je yang main . boboy dok jejauh . 

haaaiii . rindu nya nak jadik budak kecik . bebudak kecik sekarang mana lah nak main mainan ni . adek aku yang kecik neh dok main game dekat lappy aku je . lagik-lagik game angry bird . hahai , apa daaaa . korang pun mesti ade mainan yang korang suka masa kecik kan . haaa , bagi tau aku ape yang korang suka main masa zaman kecik dulu =) 




p/s : tadi pegi ujian komputer untuk lesen memandu . dah umur macam ni baru nak amek lesen *selama ni memandu secara haram*. aku dapat 46/50 . *cepat cakap aku hebat* . HAHA