Saturday, 31 December 2011

Sahabat & Kawan : Part 4



alhamdulillah waktu aku cuti midterm ni semua gelpren aku pun cuti . rabu lepas deal dengan semua , as usual kereta wana yang jadik mangsa and wana jugak yang jadik driver we all satu hari tu .  

*wana . niesa . seha . aku . syara*

if korang baca entri yang lepas , aku selalu berdating dengan wana and niesa . syara masa tu tengah sebok nak STPM , seha pulak tak pernah dapat cuti sama dengan waktu aku cuti . so bila dapat sama macam ni , mesti jugak jumpa dyeall semua . wajib =)


zaman sekolah menengah aku , memang dyeall yang selalu ade dekat sekeliling aku . last sekali aku jumpa seha and syara time hari raya tahun lepas . maknanya dah setahun lebih aku tak jumpa budak dua ni .

*perlu lempang tak buat buka cengitu ?*

syara dah jadik pengangur dekat ghumah . after STPM dia membesar kan diri dekat ghumah je . rindu sangat-sangat dengan budak comel ni =')

*korang pun dah kenal budak ni kan*

owhh yeahh . sem ni aku amek subjek business law and niesa lah jadik tempat  rujukan aku sebab dia kan amek course law. she always remaind me that law is easy . okie niesa , aku cuba jatuh cinta dekat law =.="

*sorok belakang wana sebab cuba menilai sape yang gemok . kehkeh*

hari we all hangout tu baru wana sedar yang dia nie rabun silau . balik dah malam , seram pulak bila wana cakap mata dia tak nampak sangat . takpe-takpe , aku boleh drive . kereta auto je kan , petik jari je . haha

*gemok nya kau , kurus nya seha*

dari sekolah sampai sekarang tak jugak gemok seha ni . aku yang makin mengembang ade lah =.=

*lalu depan ni, mesti mata lelaki buka besar . gambar pempuan seksi kan*

*nengok wayang citer kanak-kanak . tanak tunjuk dewasa sangat =P*

*boleh jadi patung cendana tak?*

semua orang senyum-senyum bila tengok baju aku sama dengan baju kat kedai ni . haiyommm . takan nak pegi lari pulak kan =)



p/s: tak tahu bila lagi dapat kumpul ramai-ramai cengini ==.

Thursday, 29 December 2011

Ending Tentang Dhia


the end of tentang dhia . sobsob . rasanya aku lagi pilih citer ni dari ombak ghindu sebab aku langsung tak menangis nengok ombak ghindu tuh =.= . aku lagi meleleh air mata nengok ending tentang dhia ni . sobsob *hembus hingus lap kat orang sebelah* T__T


selalu tunggu kat tonton je baru dapat nengok tentang dhia ni . cuti midterm ni pulak betol-betol time ending citer ni . syokk lah dapat nengok kat tibi . tapi tak syok sebab tak boleh nak jiwang sensorang . biasa baring depan lappy kat dalam bilik , nengok citer ni sensorang . bila kat rumah nengok ramai-ramai . tadi nangis pun sorok-sorok sebab takut adek and kakak aku gelak kan . kompom kalau aku kat sensorang mesti dah meleleh-leleh hingus . sobsob . 


walaupun ending citer ni buat aku geram sebab mummy dia ni just kena pukul-pukul manja je dengan nenek . tapi puas hati sebab zikir and dhia betol-betol sehidup semati . rancangan allah lagi terbaik dari rancangan kita kan =) . rasanya Ombak Rindu tu tak boleh tanding Tentang Dhia ni . Tentang Dhia lagi best kan =)


p/s : abah aku baru sampai ghumah . balik dari kampung halaman dia kat Negeri Sembilan tengok kem dia kat sana . and guess what , baru seminggu kat N9 dah habis dia bantai cakap minang kat rumah ni . okie abah , saya tahu abah anak minang tapi dah pening dengar abah cakap =..= 

Wednesday, 21 December 2011

Yayasan Kebajikan Negara

jumaat lepas aku pegi YKN . pernah dengar nama YKN nie ? terletak betul-betul kat tengah KL *takde lah tengah sangat* . tak ramai yang tahu rite ? tapi if aku sebut je Jalan TAR or Masjid India , opkos lahh semua tahuu . ekceli YKN ni takde lah jauh mane dari Jalan TAR . korang boleh jalan kaki je dari situ nak ke YKN ni .



*YKN : masih ada yang sayang .. we care*


YKN ni tujuan nya untuk bantu manusia gelandangan . orang yang takde rumah  yang duduk kat tepi-tepi jalan tu . yess mereka semua tu YKN amek and bantu diorang for the better life . ade lahh orang-orang yang akan bagi sumbangan kat YKN ni untuk bantu manusia gelandangan . bayangkan kita dah hidup dekat negara maju macam ni tapi ade lagi manusia yang hidupnya macam tu . 



*amek gambar kat luar YKN *

YKN tak bagi we all snap sepanjang kat dalam YKN ni . ade sebab-sebab yang tertentu . so amek kat luar pun boleh . masa kat YKN ni tak ramai penghuni yang ada . tapi dapt tengok jugak life diall kat sini . memang sedih , kite ni boleh di kira cukup segalanya . tapi masih nak merungut lagik . lumrah manusia kan ==" . so korang yang terlebih duit tu , sumbang kan lah dekatbadan-badan kebajikan macam YKN ni . tak nak kat YKN pun , banyak lagik tempat ada . hulur kan tangan rengan kan beban kan =)


*nana & dayah*

habis program kat YKN ni terus jalan kaki pegi Jalan TAR and Masjid India . orang lelaki sebua sebok pegi solat jumaat , we all sebok jenjalan kat situ . kahkah . and si dayah and nana nie tiba-tiba mengedik pulak nak buat henna .



nampak cantik je tangan bila pakai henna ni . ohh kenapa aku tak pakai jugak? sebab aku nak pakai time kawin je nanti . baru ada seri . muahaha . nampak tak kat situ =P

Tuesday, 20 December 2011

Lotus Five Star



assalamualaikum..patut nya buat entri ni minggu lepas tapi sebok dengan jadual kelas yang agak padat and broadband yang terlalu lembab haram .


*perkenalkan dulu barisan dewi remaja 2012*

hidup student memang tak boleh lari dengan tension . dengan test yang beratur . asigment yang jadi teman tidur . presentation yang buat jiwa kena penuh dengan kompiden and kerja group yang tongkang tebalik . 

selasa lepas , after yasin wing dekat bilik rehan *kenyang aku makan secret recepi* the gedek's geng dengan semangat tekat berkobar obor api , terus cabut nak pegi nengok wayang . okie fainggg memang lambat dah keluar dari UiTM . dah haru biru jiwa masa tu . takut tiket wayang dah takde .


*cuci mata nengok kerenah orang*

dan dengan segala dukacita-cita ali baba nya , memang tiket wayang dah habis ponggg . padan muka sebab lambat datang . dah la lambat , siap boleh tengok drama sang arjuna di templak mak lampir . apakah ? 


keadaan bengang harus di luahkan dengan riak muka . tapi rasanya , muka jiha paling fake ! muahaha . aku nengok cite hindustand gak kang !


berjalan lemah longlai umpama dah nak tercabut kepala lutut sebab tak dapat lepas niat yang dah tersimpat dekat lubuk hati paling dalam . kehkeh =..=


*Avanza rehan memang dia bawak sebab nak sumbat semua kawan . haha*

ingat lagi tak entri masa aku eksiden ? haaa . kereta ni lah mangsanya . sekarang dah buat plastic surgery kat montot tu . dahh cantik =) . ohhh sebab tak dapat nengok wayang . tension dapat di keluar kan dengan makan bertimbun-timbun . hoyehhh we all terus pegi melantak . terima kasih dekat akak kedai makan tu sebab cas we all dengan harga yang erghh . akak ni math dia masa UPSR fail ke ?  

Sunday, 11 December 2011

Oh New Ainin's Brand

sedang berlepak king dengan mereka-mereka lepas habis annual grand meeting banking yang erkkk . oh erkkkk sebab ape ? annoying dengan exco baru sem nic. SEM ni ye kawan . SEM ni *perlu ke caps lock SEM tu?* habis meeting terus keluar cepat-cepat lepas kena rebut kupon *paling benci main rebut-rebut macam ni =..=*. nampak dua budak yang dah cabut awal dari meeting ni terus join melepak . okie fainggg , kau cabut awal ye kawan !! tahu tak aku dah beku kat dalam tadi . cisss .

tengah best bergosip dengan ahli meja bulat . buat tak faham bila guard dah punsing ntah berape kali tak reti jugak we all nak balik kolej. dayah pen stalker terhebat jalankan kerja . kehkeh . habis barang atas meja kena selongkar . ehh banyak ke barang atas meja tu ? HAHA . pempuan biasa lahh , bila dah open table macam-macam dok bergosip . sampai kan si teleng palsu masa jiha present pon jadik topik . maap jiha , usus aku terbelit dengan kau dok meng auta pasal teleng . ape teleng ? kucing jiha yang abnormal . muahaha . fames kau teleng .

rasa nya dah lari tajuk . okie kembali pada berita utama . if kau nampak something yang buat rasa teruja tu membuak-buak keluar tanpa dapat di sekat even guna trafic light pongg ape yang kau akan buat ? lompa-lompat ? jerit-jerit ? haiyommm..buat lah yang advance sikit bagi tunjuk korang betol-betol tengah keterujaan . muahaha 

*ainin or aixin*

tetap nak mengaku tu nama aku jugak . sampai kena hentak-hentak kaki dekat atas meja . nak nama aku jugak . ainin ye ! perlu teruja sedikit tahap semut nengok nama tu dekat dompet . 


see . aku tetap jugak nak cakap tu nama aku . bukan senang nak jumpa .   


lihat lah bertapa kembong nye dompet tu berbanding isi dalam nye . terbaring terkulai layu di kelilingi gadis-gadis . kalau lah kau ade napsu kan ? heee


sangat suka warna mamat biru ni . tapi aku belum mampu nak curang lagi dengan si jambu tu 



*Faralyana Aziz owner dompet*

asyik amek gamba dompet je , owner pongg nak jugak bergamba . sekali aku tepek kan muka kau dalam ni fa . jadik model dompet jenama aku kejap lah ye  *perghasaannn*. ahh nama aku, kau ade ? huahuahua .



p/s: hari ni baru rasa nikmat mandi yang sebenar . habis lecun mandi hujan sepanjang modul tadi . keciwaaa tak dapat masuk hutan ='( 

Thursday, 8 December 2011

Malam Jalinan Budi

assalamualaikum stalker . eh blogger . dah lama private belog , habis mengamuk stalker setia . sori stalker , saya memang malas nak layan kerenah awak yang memang annoying =="

sekarang ni dah masuk sem baru , belum sebok sangat dengan asement yang bakal tiba bergunung ganang nanti . cuma sekarang sebok dengan aktiviti kelab sana sini . haiyommm . benda ni semua sangat lah menimbulkan kemenyampahan tahap bergabanan yang seangkatan ber tantan . erkkk . apakah ? otak belum normal lagik 0__o


tadi baru balik dari aktiviti wajibul ghunah kolej aku . punyalah sakit telinga asyik dengar benda yang samatiap-tiap sem sampai otak ni rasa nak termuntah-muntah dengar . adek-adek junior sayang , ikut peraturan kolej ye sayang . akak-akak senior pun kene erkkk *korek hidong*


nampak tak bertapa gagah perkasanya aku dok dengar ape yang RS cakap . ohh ape RS? kira macam warden jugak lah kalau kat asrama sekolah . tapi malang nya tahap kekosentrasian *bahasa apekah ni* aku ni just tahan around 10 minit . ape ek elehhh ?? kau hingat senang nak suruh aku macam ni ? as usual , kanak-kanak rebina akan memulakan acara merenggang tahap kebosanan dengan cara begini :
|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

V
V


*mengetap gigi untuk membantu gigi tak sempang siur*


*menarik hidung dengan harapan hidung akan tajam macam lady gaga? eh?*


*tidur dalam keadaan mata terbukak dan bibir tersenyum*

gambar lain tak perlu nak ditonjolkan . sebab semua aksi bawak 18sx . ehh macam mana ni? HAHA . ingat kan nak mencabut kan diri dari pogram ni . tapi semua pintu dah kena block sooooooo PADAN MUKA AKU . ehh PADAN MUKA KAMI . bukan ape , bosan tahu nak dengar benda yang sama every sem and still the same issue yang di bangkit kan . grrrr

oh by the way , aku jadik wing cap sem ni . wingmates pongggg senang nak handle . kasut besepah depan bilik , aku kutip masuk dalam tong sampah . baju yang dah lama menyemak kat ampaian aku simbah dengan air lumpur . muahaha . kejam kannnn ? muahahaha *gelak setan* aku auta je semua tu . woiiii aku wing cap yang sangat sepoting okeh . tak caye pegi tanya wingmates aku *masuk baku angkat sendirik* hahai