Thursday, 22 November 2012

Bella Dudu Kucing Yang Disumpah Menyerupai Manusia


hai, saya bella dudu..awak semua boleh panggil saya bella..saya tahu nama saya sedap, dah jangan puji-puji..saya perempuan yang masih punya dara..haha..eh..shhhh..diam..tuan saya sedang tidur dengan gaya kuak lentang dan segala kuaknya..jangan bising,nanti tuan saya bangun..saya guna lappy alang *anak tuan saya* curi-curi sebab dia ni selalu tidur dengan membiarkan lappy dia on sampai ke hari esok..apa dia ingat bil elektrik percuma? haishh, suka membazir amalan syaiton lah dia tu!

permulaan hidup saya ni penuh sadis, masa umur saya kecik nguekkk lagi saya dah di pisahkan dengan ibu..tuan ibu saya masukkan saya dalam kotak dan letak kotak yang berisi saya di depan rumah tuan saya sekarang..saya ingat lagi, malam tu gelap sangat, angin kuat dan hujan turun dengan sangat lebat..kotak tempat saya berlindung ni habis basah, saya menggigil tahan sejuk sampai esok harinya tuan saya buka pintu rumah dan nampak saya..tuan saya ambil saya dengan penuh belas kasihan..perasaan saya sama seperti bayi yang dibuang oleh ibu mereka..sedih (Y.Y)


saya membesar dengan bahagia dalam rumah ni..semua jenis makanan saya makan..apa yang tuan saya makan pun saya makan..makan kegemaran saya sama seperti kanak-kanak lain iaitu snek makanan ringan..saya akan berlari gembira bila dapat makan jajan..bila adik *anak tuan saya* balik sekolah, saya tahu dia pasti beli jajan yang sedap sedunia..saya akan mintak adik jajan tu sampai habis!! muahaha..saya suka snek!! suka!!suka!! bila dah kenyang, saya akan baring dengan gaya yang paling comel sebab saya tahu alang akan cepat-cepat snap gambar saya..masa tu saya akan pura-pura tidur dengan super comel..kehkeh




saya ni nakal, suka main lari-lari dalam rumah..panjat sana sini, main bunga hiasan rumah sampai tercabut-cabut dari pasunya..anak-anak tuan saya selalu jerit-jerit marahkan kenakalan saya..bila mereka dah geram, kaki dan tangan saya akan di ikat..atau saya akan di kurung dalam beg sampai tingkah laku saya menjadi sopan..tapi saya tetap tak peduli, nakal tu jiwa saya..macam irama dan lagu, tak dapat dipisahkan..






macam kanak-kanak lain, saya perlukan tidur yang super cukup..saya akan tidur bersama anak-anak tuan saya..anak-anak tuan saya semua belajar jauh dari rumah..angah dan alang di universiti, nurin pulak sekolah asrama penuh..saya jarang jumpa mereka..bila mereka semua balik, tak akan ada ruang kosong untuk saya tidur bersama mereka di atas tilam yang empuk bertemankan selimut dan kipas yang sangat melenakan tidur malam saya..bila mereka tiada, selalunya saya akan tidur bersama adik..seronok tidur macam ni..kawan-kawan saya yang lain semua tidur kat luar rumah kesejukkan..saya saja yang sedap lena begini..haha

awak nak tahu tak? anak-anak tuan saya ni tidur serupa macam emmm..tak tahu saya nak gambarkan macam mana..yang penting, saya selalu di himpit, di tolak kiri dan kanan ketika tidur bersama mereka..tapi tu semua saya tidak peduli..yang saya tahu, saya sangat kuat tidur, dan saya suka tidur berkipas..bila anak-anak tuan saya sudah bagun pagi, saya masih tidur lagi..mereka tahu saya suka tidur berkipas dan sebab tu mereka suka dengki off kan kipas bila saya sedang lena tidur..ahhh jahat!!


emm..penat juga menaip ni..saya selalu tengok alang menaip macam ni,tak tahu penat ke dia?..alang suka berblog, saya nak cuba juga berblog macam dia..hehe..ohh waktu dah malam sangat ni, saya kena tidur untuk pastikan yang diri saya sentiasa nampak muda..babai awak semua..stay comel macam saya tau..saya tidur dulu..babai~~~~~

Wednesday, 31 October 2012

Graduation Day

Assalamualaikum

malam akhir dalam bulan oktober ni..dah berbulan aku tak layan blog *patah-patahkan jari*. malas nak fikir benda yang dah pun jadi..back to the title..bukan aku yang dah grad, tapi adik aku..bukan grad dari u,tapi sekolah je..aku? inysayaallah naik lah pentas Uitm Shah Alam tu tahun depan..ade lagi 1 sem aku nak habiskan, doakan aku =)


pukul 5 pagi ibu dah kejut ajak pegi sekolah nurin..majlis start pukul 8.30, biasalah ibu aku ni, tak nak terkejar-kejar..nurin sekolah MRSM Mersing atau nama yang konon mat saleh nurin selalu sebut is Mara Junior Science Collage *MRSM jagak maksud ni nurin oi =="*. Dalam 3 jam jugak dari rumah,memang aku sambung membuta dalam kereta..haha


baju biru tu angah aku, baru sambung master dekat UKM..u lama dia jugak..pity her, lepas grad dulu cari kerja susah nak dapat..biasalah mulut orang sekeliling mesti dok bercakap "belajar pandai-pandai tapi tanam anggur kat rumah". typical malaysian kan? 


sebenarnya nilah first time aku datang sekolah Nurin ni *haha* . tak pernah ikut abah hantar dia..kahkah..bukan tak nak pegi, takde masa free aku nak ikut..aku balik u,dia pun balik sekolah..so how? Alhamdulillah dapat pegi sebab time ni pun cuti raya korban kan..


minggu depan SPM dah mula..nurin siap text aku mintak doa if lupa apa yang kita belajar*text malam2 time tengah beradu..dah la aku tengah mimpi Zain Malik*..hope dia dapat buat yang terbaik..harapan ibu abah,jangan sia-sia kan..tapi aku paling risau kat dia ni, banyak tido dari belajar..dah la tido kat meja study,mybe letak kepala atas buku jadikan bantal tu salah satu cara ilmu serap dalam kepala otak dia..haha..sape tahu kan?


si secik yang ibu paksa ponting sekolah ni tak reti duduk diam..asyik lapar memanjang..dah darjah 5,tapi ibu abah layan dia macam budak 5 tahun..anak bongsu memang macam ni kan?

rasa macam kekok pulak nak tulis blog ni..ayat susah nak keluar dari kepala otak yang baru lepas rosak..haha..sudah laa, kena amek masa dulu..blog aku masih merajuk..doakan adik aku ye..babai


Friday, 10 August 2012

sedih T_T


berbulan-bulan blog di pandang sepi..sedih dengan heaters yang tak habis-habis buat lakaran kotor kat blog ni..menunding jadi seolah-olah diri itu super duper sempurna..menilai orang dari sudut pandangan yang negetif..bercakap tanpa tahu kedudukan sebenar..yeahhh..ini ragam dunia..

Tuesday, 20 March 2012

Nikah Gantung

assalamalaikum..

kenapa entri sekarang ni menjurus ke arah kawin ? saja je =) . then mesti heater sorang eh bersama angkatan nya mengkeji aku buat post cengini. tu hobi kau kan? relax heater sayang, bukan menggatal or dah sampai seru nak suruh aku kawin lahh. aku tunggu Sharnaz Ahmad datang melamar baru aku kawin. kehkeh. 

Nikah gantung yang selalu nya student U macam aku ni buat . sini aku terang kan apa tu nikah gantung . coppp, pakcik google yang tolong terang kan =)

Nikah gantung (atau dalam Bahasa Arab disebut Nikah Khitbah) sebenarnya bermaksud pernikahan di mana pasangan pengantin tidak duduk serumah dalam satu-satu tempoh yang ditetapkan hasil persetujuan bersama kedua-dua belah pihak. Tanggungjawab pemberian nafkah oleh suami kepada isteri juga diringankan dan boleh dilepaskan.


Dalam kata lain, majlis akad nikah diadakan terlebih dahulu tapi majlis kenduri kahwin (walimatul urus) diadakan kemudian. Penangguhan majlis kenduri kahwin tersebut boleh hingga menjangkau tempoh bertahun-tahun lamanya.

tapi !! rukun-rukun perkahwinan seperti biasa perlu diikuti iaitu perlu ada suami, isteri, wali, saksi dan akad (Ijab Qabul)*if takde ni bukan nikah nama nya =.=*. maskahwin pun perlu dibayar. johor maskahwin paling murah . takan tu pun tak mampu nak  bayar kan? Untuk hantaran boleh ditangguhkan dulu, mana lah tahu perempuan mintak hantaran sampai RM16500 nak buat bayar hutang PTPTN *cakap pasal diri sendiri ke ainin hoii*. nak kahwin takan nak suruh ibu ayah yang support duit hantaran pulak. 


Sebab-sebab biasa nikah gantung ini dibuat adalah seperti:
  • Suami masih tidak mampu menyara sepenuhnya kos hidup isteri seperti rumah sewa, pakaian dan sebagainya.
  • Pasangan masih lagi menuntut dan masih belajar.
  • Belum bersedia memberi komitmen sepenuhnya dalam menunaikan tanggungjawab berumahtangga.
Setelah majlis akad nikah berlangsung, kedua-dua pasangan perlu tinggal secara berasingan sehingga benar-benar bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai suami dan isteri. Pada kebiasaannya pasangan ini akan tinggal di rumah ibubapa masing-masing.

Tujuan utama nikah gantung ini dilakukan ialah bagi mengelakkan berlakunya penzinaan dan kelahiran anak luar nikah. Setelah kedua-dua pasangan ini melalui nikah gantung, mereka boleh bertemu, berdating, dan bermesra. Malah jika melakukan seks pun hingga melahirkan anak ianya tidak salah dan tidak haram. Anak yang mereka lahirkan itu adalah sah hukumnya.


Walaupun mereka nikah gantung, mereka adalah pasangan suami-isteri yang sah di sisi agama Islam dan undang-undang Kerajaan Malaysia. Dari sini, kesucian institusi kekeluargaan itu dapat terus dipelahara. Si gadis yang hamil dalam tempoh nikah gantung tidak perlu berasa panik dan gerun oleh kerana anak yang dikandung adalah sah. Dengan ini kes-kes dan isu pembuangan bayi tidak akan berlaku. 

terang dahh? if nak tahu, gambar semua kat atas ni *pengantin lelaki* gambar classmates aku masa kat sekolah menengah dulu and now satu U pun dengan aku. Dia buat nikah gantung macam yang aku terangkan ni sebab masing-masing tengah study lagi . Tak nak buat dosa sebab couple lama-lama then amek keputusan ikut cara nikah ni . Taniah kawan . Aku doakan kau bahagia until jannah . 

Thursday, 15 March 2012

I've Been Proposed And I'm Engaged

phewww =.=" . berenti jantung bace title post haku . currently tengah setadi lagi mempulun subjek business law . Ya Allah, sesak napas nak hafal segala kes and the sections . okie rebus buku before exam, then sure A *dalam kubur lah kau ainin* .



admire dengan si jejaka cengini . hikhok . DSLR idaman kalbu kapan kau datang ke pangkuan ku . okie ainin, sudah-sudah lah merapu *tepuk dahi* . rasanya most of people dah tengok kan video Dena Bahrin ni . blogger yang makin pames after dia buat video ni . wohoiiiii , lemah jantung if aku yang dapat cengitu =') *mimpi wehhh . mimpi kau je nak dapat!!*

people will do anything nak sampaikan apa yang dia rasa . tak semestinya perlu bercakap . zaman dah makin maju, otak bertambah kretif . dan aku selalu juga buat luahan perasaan yang lebih kepada kemerapuan bila datang kebosaan *okie tatabahasa dah lari 200m* . bongkar je status FB and print screen part status merapu, konon nak macam Dena lah kan  . ecehhh *kemain kau*


ni cara nak express kehendak diri . muehehe . yelahh , umur dah bertambah *ehemm* kena tahu apa yang nak . kena cari jodoh before dapat title andartu . cool bebehh , jodoh ade dekat mana-mana even kau baru keluar toiler R&R boleh je jumpa jodoh kau time tu . HAHA


terpengaruh lagu rossa feat sape ye ? "ku pinang kau dengan bismillah" . then esok masuk kelas jadi bahan *lempang sensorang classmates* . quite good kan if lelaki guna cari ni nak proposed perempuan *blink blink*


status cengini buat admire terus menangis guling-guling patah hati *ade ke kau admire ainin oii? =..=* then buat chat box pesbuk tetiba senyap tanpa ganguan . HAHA 


okie , ni betul-betul berlaku !! but not exactly cincin merisik untuk aku but cincin merisik ibu from abah . di sebab kan jari ibu dah menggemok tak macam 27 years ago,  ibu bagi lah anak nya si cantik manis *perasan lebih* ni yang pakai =) . then if ade yang tanya cincin ape ni ? cakap je lah cincin merisik . tak baik tipu.muahaha


gambar juga menceritakan semua nya . people keep questioning betul ke kau ni ainin? senyap-senyap je tetiba dah engaged . BFF aku lah yang menjadi mangsa tempat dorang nak tanya . huru hara kau buat kan ainin ! HAHA . 


ape rasa darah kite ye ? ohh manis katanya . haha *lempang laju-laju kau ni*


ni gila !! demand sangat tinggi kau hingat hade yang nak hikooottt hotakk mehreng khau *sudah-sudah ainin mimpi di petang hari* kau ingat aku gila ke nak mintak cengitu ? ingat ibu abah aku ni jual anak ? ishh ishh 


ni pun nak merapu juga . sekurang-kurang nya aku tak menjiwang . aku buat kelas munakahat .. ehh muamalat .. ehhh muu??? ape ye ? HAHA 

people will judge ape yang dorang nampak kan ? yang penting diri kita sendiri yang tahu =) . okie nak sambung setadi yang dah terbengkalai sejam . babai






Thursday, 8 March 2012

Hari Terakhir

 
 
8 mac 2012
 
hari terakhir dalam umur belasan tahun
hari terakhir bergelar seorang remaja
   

awkward to accept it =.=
 
 
 p/s: ohh . today is hari wanita sedunia !!
 

Friday, 2 March 2012

Solat Istikharah


selamat malam , taip entri tepat jam 0.00 . konon macam ohsem je kan? 

kenapa buat entri macam islamik pulok malam ni ? haha , hati tengah tergerak kot nak cakap pasal ni sama jugak dengan tuntutan diri sekarang ni =.=


exceli , solat istikharah ni selalunya di kaitkan dengan jodoh . let say time tu kita keliru dengan apa yang kita dah buat . kita tak pasti which is better , keliru nak buat keputusan yang kita rasa the best among the best untuk diri ni . yelah , jodoh pertemuan semua terletak kat tangan Allah , dah tertulis di luh mahfus lagi . kita hanya ikut apa yang dirancang . sometimes , kita fikir itu lah yang terbaik walhal orang kata tu bukan yang terbaik . and sometimes pulak kita cuba nak elak tapi tetap berlaku . people will judge apa yang diorang tengok rite ?

solat ni jalan selesai dari semua ni . kau dah pening sangat kan nak pilih abu ke atan untuk jadi husband kau , so mintak lah petunjuk Allah . bukan ke petunjuk dari Nya lagi baik . Allah maha kuasa . dia beri apa yang kita nak , tapi kita pulak tak beri apa yang dia nak then lagi nak mintak-mintak . =) 

cara nak buat solat ni ? sama je dengan solat subuh . 2 rakaat .  

Lafaz niat:-
Ushalli Sunnatal Istikharaati Rak’ataini Lillahi Ta’aala
Sahaja Aku sembahyang sunnat istikharah 2 rakat tunai kerana Allah Ta’ala

Rakaat pertama-
Baca surah Al-fatihah dan surah Al-kafirun

Rakaat kedua-
Baca surah Al-fatihah dan surah Al-ikhlas
Selepas salam, bacalah doa yang disarankan dalam istikharah.
Dalam berdoa sebaiknya menyebutkan permintaan yang ingin diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t. misalnya: “Ya Allah, jika hal ini….(sebutkan namanya)”

Doa istikharah

“Ya Allah, aku memohon petunjuk memilih yang baik dalam pengetahuanMu, aku mohon ditakdirkan yang baik dengan kudratMu, aku mengharapkan kurniaMu yang besar. Engkau Maha Kuasa dan aku adalah hambaMu yang dhaif. Engkau Maha Tahu dan aku adalah hambaMu yang jahil. Engkau Maha Mengetahui semua yang ghaib dan yang tersembunyi.
Ya Allah, jika hal ini (***) dalam pengetahuanMu adalah baik bagiku, baik pada agamaku, baik pada kehidupanku sekarang dan masa datang, takdirkanlah dan mudahkanlah bagiku kemudian berilah aku berkah daripadanya.
Tetapi jika dalam ilmuMu hal ini (***) akan membawa bencana bagiku dan bagi agamaku, membawa akibat dalam kehidupanku baik yang sekarang ataupun pada masa akan datang, jauhkanlah ia daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya. Semoga Engkau takdirkan aku pada yang baik, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas setiap sesuatu.”

time paling sesuai buat solat ni is sepertiga malam . maksud kat sini waktu tengah malam macam pukul 3 pagi ke . ohh tu awal pagi kan ? haha . solat time ni kan sunyi sepi je rite ? solat pun tenang je . solat lah berapa banyak kali pun korang nak buat . menangis lah berdoa sampai lebam mata . after that , berserah and tawakal je pada Allah dengan apa yang apakan berlaku . bila dah dapat petunjuk, jangan kecewa . terima dengan hati terbuka even tu bukan yang kita mahu kan . rancangan Allah yang terbaik =)  


p/s: aku tak sedia lagi nak buat solat ni =.=

Sunday, 26 February 2012

Icarus Holding







permulaan entri yang harus menepek muka sendiri adalah satu kemestian . maka stalker and hater pun mula bercakap soksek-soksek . lepas tu akan berlaku lah kekecohan satu dunia dengan apa yang aku post dalam blog neh . sometimes buat diri aku rasa dah nak give up berblog . haishhh

back to the topic , rasa satu kelegaan bila dah lepas satu test yang boleh jugak di kira as a big test in this semester. Test mock meeting untuk subjek Business Communication. Sepatutnya kena buat mock meeting ni minggu lepas but time tu memang sangat sebok. macam yang aku kata kat entri lepas. Alhamdulillah , this week dapat buat mock meeting tu dengan debab0o0m exactly macam yang di harap kan. penat =.=

*group member . jiha and dayah takde dalam gamba*

Icarus Holding. from left Datin 'Izzati as an investor, Puan Suraya (me)*okie why 'puan' di situ =.=* as an architect, Dato' Syaizwad as a CEO, Sir Izzat as a project manager, Miss Fara'ly as a secretary and Miss Syafinaz as a financial manager. ohhh Miss Hidayah as a HR manager and Miss Nazihah as a marketing manager. Budak berdua ni tak join amek gambar. hahai tak syok kan? 


apa yang we all buat in this mock meeting ? syarikat we all Icarus Holding ni buat projek baru kat satu pulau yang we all beli. konon macam buat tempat peranginan  lahh . dah nama pun mock meeting kan, semua dalam tu penuh auta nya. and yang paling mencabar is kena buat replika projek yang we all buat. yaehh , memang kerja aku lah kan. okie tekun and sabar kat situ. 

*Datin 'Izzati , Sir Izzat , Miss Fara'ly*

*the badangs in this company*



Alhamdulillah semua dah selesai. this week ada lagik presentation yang kena buat. sem ni sangat rasa tak menang tangan, bersusun-susun kerja kena buat. and most of the work kena buat in group. bila buat kerja in group ni, banyak kepala yang nak kena layan. sabar tu memang mesti kena kuat lah kan. wish me luck in this semester , Insyaallah =)  


Thursday, 23 February 2012

28 Jam Mencintaimu


*business law membunuh*

minggu lepas aku teramat lah sebok sampai menangis-nangis tension. test yang berderet and yang paling killer is 4 asignment kena sumbit in one day. and that day, 28 jam aku tak tido. 28 jam pada korang tu memang lah tak lama. tapi if 28 jam tu perah otak non-stop bace buku law kat atas tu memang boleh jadi gila ! jari sampai sakit-sakit type asigment . thrill gila kan? =..=

Sunday, 12 February 2012

Tutorial : Pashmina Sawah Padi


pestime merajin kan diri buat tutorial padahal asignment bertimbun nak kena siap kan . okie , siyesly tension sangat this month >_<

ohhh aku takde lah suka nak berpashmina nak ke kelas . pakai pashmina ni kena ade mood rajin . classmates suka tanya macam mana nak pakai pashmina macam tu macam ni lahh . senang je sayang , anda google saja . hakhak . kat youtube sangaaaattttt banyak !! =))

okie, hari ni nak ajar pakai pashmina sawah padi . kenapa sawah padi ? sebab lilit atas kepala dah gaya macam orang nak pegi bendang . kak fifi yang cakap cengitu and dia yang bagi nama, bukan aku !! hewhew =.="

apa yang korang kena ada ? 
- pashmina / shawl
- 3 peniti a.k.a jarum
- scarf tudung

siap semua nya ? boleh ikut step semua ni . haaa , abaikan keadaan bilik jiha bahar yang tak keruan . hakhak . focus pada kau je okie !!

step 1 :

opkos lah pakai scarf tudung . yang lilit kat leher tu tak payang ngengade nak pakai jugak . aku saja nak cover leher .

step 2 :
pin kan hujung pashmina senget macam ni

step 3 :
lebihan tadi tarik untuk bawa atas kepala

step 4 :
jadikannya macam ni

step 5 :
pinkan lagi agak-agak kat tengah kepala

step 6 :
lebihan tadi tarik macam ni untuk bawa atas kepala

step 7 :
haaa . kedudukan nya cengini . kemas kan cantik-cantik okie .

step 8 :
bila dah betul-betul kemas , barulah pin kan lagi

step 9 :
siappp !! cengini lah ghupe nya

gambar ni kak fifi pakse masukkan jugak . tangan dia tak pernah dok diam sepajang aku amek gambar . haishhh . ikat kat pokok baru tau !


belakang aku tu jangan kau ingat hantu ke juon ke . tu roomates jiha tengah solat lahh . hikhik . siap tutorial first aku . gambar amek dari lappy memang sangat menyedihkan . yang penting sampai maksud . hewhew . abai kan rupa yang mengade di situ . selamat mencuba =)



Wednesday, 25 January 2012

Kawan Melantak Senang Di Cari


lepas layan lembu terlepas tuh , perut dah menjerit-jerit lapar . macam-macam lagu dah dengar . ikot kan hati nak je sembelih lembu tu... nyam3

\
*tunggu turn nak makan*

demi menunaikan nafkah batin perot comel aku ni , so bawaklah perot ni berjalan shopping makanan dekat dataran uitm . ade even waktu ni . perot aku melonjak suka riang ria raya bila bawak pegi shopping makanan . 

*nak jugak amek gambar depan kedai =.=*

aku merengek-rengek dekat dayah mintak teman pegi carik makanan nak melantak . dengan suka rela dan terpaksanya , dayah ponggg ikut teman . cehhh , padahal dia pun nak melantak sama . hikhok

*ayam crispy = RM 5.50*

ghase nya kalau aku makan ni hari-hari , mau nya pokai . tapi siyesly sedap . isi pun banyak , berpatutan dengan harga nya and berpatutan untuk si perot comel haku ni . ohhh , kalau balik BP bila jenjalan dekat shopping mall , mesti  nak cari ayam ni . haa sape orang BP? aku selalu beli ayam ni dekat kedai depan cinema . so korang boleh beli dekat sana , tapi mahal sikit RM6.50 . puas aku cari dekat pasar malam bila balik BP , tapi tak pernah jumpa =.=

*warna kasut harus menyakitkan mata . auwww*


p/s: tengah gastrik sekarang ni . haiyommm =="