Tuesday, 20 March 2012

Nikah Gantung

assalamalaikum..

kenapa entri sekarang ni menjurus ke arah kawin ? saja je =) . then mesti heater sorang eh bersama angkatan nya mengkeji aku buat post cengini. tu hobi kau kan? relax heater sayang, bukan menggatal or dah sampai seru nak suruh aku kawin lahh. aku tunggu Sharnaz Ahmad datang melamar baru aku kawin. kehkeh. 

Nikah gantung yang selalu nya student U macam aku ni buat . sini aku terang kan apa tu nikah gantung . coppp, pakcik google yang tolong terang kan =)

Nikah gantung (atau dalam Bahasa Arab disebut Nikah Khitbah) sebenarnya bermaksud pernikahan di mana pasangan pengantin tidak duduk serumah dalam satu-satu tempoh yang ditetapkan hasil persetujuan bersama kedua-dua belah pihak. Tanggungjawab pemberian nafkah oleh suami kepada isteri juga diringankan dan boleh dilepaskan.


Dalam kata lain, majlis akad nikah diadakan terlebih dahulu tapi majlis kenduri kahwin (walimatul urus) diadakan kemudian. Penangguhan majlis kenduri kahwin tersebut boleh hingga menjangkau tempoh bertahun-tahun lamanya.

tapi !! rukun-rukun perkahwinan seperti biasa perlu diikuti iaitu perlu ada suami, isteri, wali, saksi dan akad (Ijab Qabul)*if takde ni bukan nikah nama nya =.=*. maskahwin pun perlu dibayar. johor maskahwin paling murah . takan tu pun tak mampu nak  bayar kan? Untuk hantaran boleh ditangguhkan dulu, mana lah tahu perempuan mintak hantaran sampai RM16500 nak buat bayar hutang PTPTN *cakap pasal diri sendiri ke ainin hoii*. nak kahwin takan nak suruh ibu ayah yang support duit hantaran pulak. 


Sebab-sebab biasa nikah gantung ini dibuat adalah seperti:
  • Suami masih tidak mampu menyara sepenuhnya kos hidup isteri seperti rumah sewa, pakaian dan sebagainya.
  • Pasangan masih lagi menuntut dan masih belajar.
  • Belum bersedia memberi komitmen sepenuhnya dalam menunaikan tanggungjawab berumahtangga.
Setelah majlis akad nikah berlangsung, kedua-dua pasangan perlu tinggal secara berasingan sehingga benar-benar bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai suami dan isteri. Pada kebiasaannya pasangan ini akan tinggal di rumah ibubapa masing-masing.

Tujuan utama nikah gantung ini dilakukan ialah bagi mengelakkan berlakunya penzinaan dan kelahiran anak luar nikah. Setelah kedua-dua pasangan ini melalui nikah gantung, mereka boleh bertemu, berdating, dan bermesra. Malah jika melakukan seks pun hingga melahirkan anak ianya tidak salah dan tidak haram. Anak yang mereka lahirkan itu adalah sah hukumnya.


Walaupun mereka nikah gantung, mereka adalah pasangan suami-isteri yang sah di sisi agama Islam dan undang-undang Kerajaan Malaysia. Dari sini, kesucian institusi kekeluargaan itu dapat terus dipelahara. Si gadis yang hamil dalam tempoh nikah gantung tidak perlu berasa panik dan gerun oleh kerana anak yang dikandung adalah sah. Dengan ini kes-kes dan isu pembuangan bayi tidak akan berlaku. 

terang dahh? if nak tahu, gambar semua kat atas ni *pengantin lelaki* gambar classmates aku masa kat sekolah menengah dulu and now satu U pun dengan aku. Dia buat nikah gantung macam yang aku terangkan ni sebab masing-masing tengah study lagi . Tak nak buat dosa sebab couple lama-lama then amek keputusan ikut cara nikah ni . Taniah kawan . Aku doakan kau bahagia until jannah . 

Thursday, 15 March 2012

I've Been Proposed And I'm Engaged

phewww =.=" . berenti jantung bace title post haku . currently tengah setadi lagi mempulun subjek business law . Ya Allah, sesak napas nak hafal segala kes and the sections . okie rebus buku before exam, then sure A *dalam kubur lah kau ainin* .



admire dengan si jejaka cengini . hikhok . DSLR idaman kalbu kapan kau datang ke pangkuan ku . okie ainin, sudah-sudah lah merapu *tepuk dahi* . rasanya most of people dah tengok kan video Dena Bahrin ni . blogger yang makin pames after dia buat video ni . wohoiiiii , lemah jantung if aku yang dapat cengitu =') *mimpi wehhh . mimpi kau je nak dapat!!*

people will do anything nak sampaikan apa yang dia rasa . tak semestinya perlu bercakap . zaman dah makin maju, otak bertambah kretif . dan aku selalu juga buat luahan perasaan yang lebih kepada kemerapuan bila datang kebosaan *okie tatabahasa dah lari 200m* . bongkar je status FB and print screen part status merapu, konon nak macam Dena lah kan  . ecehhh *kemain kau*


ni cara nak express kehendak diri . muehehe . yelahh , umur dah bertambah *ehemm* kena tahu apa yang nak . kena cari jodoh before dapat title andartu . cool bebehh , jodoh ade dekat mana-mana even kau baru keluar toiler R&R boleh je jumpa jodoh kau time tu . HAHA


terpengaruh lagu rossa feat sape ye ? "ku pinang kau dengan bismillah" . then esok masuk kelas jadi bahan *lempang sensorang classmates* . quite good kan if lelaki guna cari ni nak proposed perempuan *blink blink*


status cengini buat admire terus menangis guling-guling patah hati *ade ke kau admire ainin oii? =..=* then buat chat box pesbuk tetiba senyap tanpa ganguan . HAHA 


okie , ni betul-betul berlaku !! but not exactly cincin merisik untuk aku but cincin merisik ibu from abah . di sebab kan jari ibu dah menggemok tak macam 27 years ago,  ibu bagi lah anak nya si cantik manis *perasan lebih* ni yang pakai =) . then if ade yang tanya cincin ape ni ? cakap je lah cincin merisik . tak baik tipu.muahaha


gambar juga menceritakan semua nya . people keep questioning betul ke kau ni ainin? senyap-senyap je tetiba dah engaged . BFF aku lah yang menjadi mangsa tempat dorang nak tanya . huru hara kau buat kan ainin ! HAHA . 


ape rasa darah kite ye ? ohh manis katanya . haha *lempang laju-laju kau ni*


ni gila !! demand sangat tinggi kau hingat hade yang nak hikooottt hotakk mehreng khau *sudah-sudah ainin mimpi di petang hari* kau ingat aku gila ke nak mintak cengitu ? ingat ibu abah aku ni jual anak ? ishh ishh 


ni pun nak merapu juga . sekurang-kurang nya aku tak menjiwang . aku buat kelas munakahat .. ehh muamalat .. ehhh muu??? ape ye ? HAHA 

people will judge ape yang dorang nampak kan ? yang penting diri kita sendiri yang tahu =) . okie nak sambung setadi yang dah terbengkalai sejam . babai






Thursday, 8 March 2012

Hari Terakhir

 
 
8 mac 2012
 
hari terakhir dalam umur belasan tahun
hari terakhir bergelar seorang remaja
   

awkward to accept it =.=
 
 
 p/s: ohh . today is hari wanita sedunia !!
 

Friday, 2 March 2012

Solat Istikharah


selamat malam , taip entri tepat jam 0.00 . konon macam ohsem je kan? 

kenapa buat entri macam islamik pulok malam ni ? haha , hati tengah tergerak kot nak cakap pasal ni sama jugak dengan tuntutan diri sekarang ni =.=


exceli , solat istikharah ni selalunya di kaitkan dengan jodoh . let say time tu kita keliru dengan apa yang kita dah buat . kita tak pasti which is better , keliru nak buat keputusan yang kita rasa the best among the best untuk diri ni . yelah , jodoh pertemuan semua terletak kat tangan Allah , dah tertulis di luh mahfus lagi . kita hanya ikut apa yang dirancang . sometimes , kita fikir itu lah yang terbaik walhal orang kata tu bukan yang terbaik . and sometimes pulak kita cuba nak elak tapi tetap berlaku . people will judge apa yang diorang tengok rite ?

solat ni jalan selesai dari semua ni . kau dah pening sangat kan nak pilih abu ke atan untuk jadi husband kau , so mintak lah petunjuk Allah . bukan ke petunjuk dari Nya lagi baik . Allah maha kuasa . dia beri apa yang kita nak , tapi kita pulak tak beri apa yang dia nak then lagi nak mintak-mintak . =) 

cara nak buat solat ni ? sama je dengan solat subuh . 2 rakaat .  

Lafaz niat:-
Ushalli Sunnatal Istikharaati Rak’ataini Lillahi Ta’aala
Sahaja Aku sembahyang sunnat istikharah 2 rakat tunai kerana Allah Ta’ala

Rakaat pertama-
Baca surah Al-fatihah dan surah Al-kafirun

Rakaat kedua-
Baca surah Al-fatihah dan surah Al-ikhlas
Selepas salam, bacalah doa yang disarankan dalam istikharah.
Dalam berdoa sebaiknya menyebutkan permintaan yang ingin diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t. misalnya: “Ya Allah, jika hal ini….(sebutkan namanya)”

Doa istikharah

“Ya Allah, aku memohon petunjuk memilih yang baik dalam pengetahuanMu, aku mohon ditakdirkan yang baik dengan kudratMu, aku mengharapkan kurniaMu yang besar. Engkau Maha Kuasa dan aku adalah hambaMu yang dhaif. Engkau Maha Tahu dan aku adalah hambaMu yang jahil. Engkau Maha Mengetahui semua yang ghaib dan yang tersembunyi.
Ya Allah, jika hal ini (***) dalam pengetahuanMu adalah baik bagiku, baik pada agamaku, baik pada kehidupanku sekarang dan masa datang, takdirkanlah dan mudahkanlah bagiku kemudian berilah aku berkah daripadanya.
Tetapi jika dalam ilmuMu hal ini (***) akan membawa bencana bagiku dan bagi agamaku, membawa akibat dalam kehidupanku baik yang sekarang ataupun pada masa akan datang, jauhkanlah ia daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya. Semoga Engkau takdirkan aku pada yang baik, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas setiap sesuatu.”

time paling sesuai buat solat ni is sepertiga malam . maksud kat sini waktu tengah malam macam pukul 3 pagi ke . ohh tu awal pagi kan ? haha . solat time ni kan sunyi sepi je rite ? solat pun tenang je . solat lah berapa banyak kali pun korang nak buat . menangis lah berdoa sampai lebam mata . after that , berserah and tawakal je pada Allah dengan apa yang apakan berlaku . bila dah dapat petunjuk, jangan kecewa . terima dengan hati terbuka even tu bukan yang kita mahu kan . rancangan Allah yang terbaik =)  


p/s: aku tak sedia lagi nak buat solat ni =.=