Saturday, 22 January 2011

BELAJAR BERDIKARI WALAUPUN SANGAT SUSAH

dulu kan . semua yang aku buat mesti ada orang yang tolong . bukan nya tak boleh buat sendiri , tapi diri dah terbiasa ada yang tolong . nak buat itu ini semua nak mengharap kan orang . even nak bangun study pun suruh orang kejut kan . tapi sekarang semua dah berubah , aku kena belajar buat semua sendiri sebab aku dah besar , dah nak 19 tahun pun . sampai bila nak susah kan orang kan ? aku mesti belajar buat semua sendiri . susah weh . sangat susah nak mulakan hidup macam ni . dah macam patah tulang belakang pulak .

Thursday, 20 January 2011

DOA MELUPAKAN KEKASIH LAMA

assalamualaikum dan selamat malam :)

tajuk enty yang buat orang putus cinta rasa nak baca , kan . pernah tak terfikir orang yang selama ini kau sayang and cinta pergi dalam hidup kau ? pernah kau bayangkan macam mana sakitnya rasa di tinggalkan cinta . pernah kau fikir maca mane nak teruskan hidup bila orang yang selama ni jadi tulang belakang , yang selalu hiasi hari2 kau , yang selalu buat kau tersenyum dah tak ada lagi dalam hidup kau ? 

CINTA BUKANNYA HAK MILIK TAPI ANUGERAH


"Jika benar kamu sygkan dia..maka lepaskannya..jika dia kembali padamu..maka dia adalah milikmu..jika tidak..dia  bukan milikmu..♥"

enrty ni bukan untuk sedih2 eh . meh aku lempang kau laju2 kalau kau rasa nak nangis . memang susah nak cerite ape yang hati kita rasa kan . mungkin nangis and terus nangis sampai mate kau rabak lepas tu buta macam cite P.Ramlee tu . haaa hayoo . nak ke jadi macam tu ?

sekarang ni musim putus cinta ke ? ramai betul orang kat sekeliling aku yang putus cinta . maksud aku , kawan2 aku . aku tengok mereka jatuh hanya sebab cinta . kita hanya merancang , tuhan yang tentukan nya . takde sape yang nak cinta yang diorang semai dengan penuh kasih and sayang berakhir dengan kecewa . semua orang impikan CINTA SEJATI ryte ? tapi sape kita nak tolak segala yang dah di tentu kan . mungkin kita di temukan dengan orang yang salah sebab ALLAH nak kita belajar ape itu cinta .



 ‎"Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu… ia boleh dirasai dalam hati..." ♥

amalkan lah doa ni setiap 3 kali bacaan lepas solat subuh and maghrib untuk ubat hati yang sakit tu . sampai bila kau nak jatuh macam ni . ramai lagi orang kat luar sana yang boleh kau pilih . ya aku tahu bukan senang kan nak buat macam tu . aku pun pernah rasa sakit macam ni . malah lagi teruk dari apa yang kau rasa . berusaha lah . berdoa pada ALLAH . ada hikmah di sebalik semua yang terjadi ni .


sumber : mukabuku yang katewnye nak di hapuskan 15 mac ni .








Thursday, 13 January 2011

PEREMPUAN UZUR BOLEH MASUK MASJID KE?

assalamualaikum
taip entry sambil makan mash potato kecintaan . duduk sorang dalam bilik ni , wah amek kau malam jumaat ni . hayooo (nada serammmm). 

petang tadi pegi koko yang memang dah diwajibkan budak2 kat Uni ni amek . sem ni aku amek pengurusan masjid (tak payah kau nak gelak2 eh) . first time pegi koko untuk sem ni kena berkumpul kat Pusat Islam (masjid) . aku ni tengah cuti (period) jadi bila sampai masjid tu aku duduk jelah kat kaki lima PI satu kelompok dengan budak2 yang cuti . tapi bila dah mula je taklimat , budak2 yang cuti tu pun masuk jugak ke PI . tinggal aku and sorang budak yang memang alim duduk kat luar . kesian aku tengok budak perempuan tu sampai nangis2 sebab tak nak masuk PI . yelah badan tengah kotor kan mane boleh masuk masjid (tu yang ustaz aku ajar) .banyak kali dia call mama dia tanya pasal benda ni . aku duduk kat sebelah dia buat muka yang palingggg memahami . sampai kan aku pun dah serba salah . huhu



aku tahu readers aku ramai yang pompuan ryte . sebelum buat entry ni sempat lah menggoogle pasal benda alah ni . kalau uols yang tengah uzur tu kompius dengan masalah ni gak meh aku tolong terang kan (cehhhh)

Tidak harus bagi wanita dalam haid duduk di dalam masjid. Tetapi harus baginya masuk dan melintasinya kerana hajat atau ada keperluan seperti mengambil sesuatu perkara atau masjid merupakan laluan ke rumahnya. Dalil hukum ini ialah : Rasulullah s.a.w. berkata kepada Aisyah r.a.(maksudnya): “Tulung ambilkan untukku selendang/serban yang berada di dalam masjid.” Aisyah menjawab: “Sekarang saya sedang haid.” Baginda bersabda (maksudnya): “Sesungguhnya haidmu bukan ditanganmu.” Riwayat Muslim, Ibn Majah dan Baihaqiy. Hadis ini menunjukkan telah menjadi kefahaman Aisyah bahawa wanita haid tidak boleh memasuki masjid, lalu baginda menjelaskan bahawa boleh sekadar lalu untuk sesuatu keperluan . Daripada Aisyah juga, Rasul s.a.w. bersabda maksudnya: “Masjid tidak halal bagi wanita haid dan orang berjunub” Riwayat Abu Daud . Di dalam riwayat lain, baginda s.a.w. bersabda maksudnya: “Sesungguhnya masjid tidak halal bagi wanita haid dan orang berjunub.” Riwayat Ibn Majah.

faham tak ? penat google guna berokband yang tak bayo lagi ni . aku tak tipu eh , pegi tengok kat sini . takpe2 ari rabu ni ade CTU ( subjek agama ) nak pegi tanya ustaz zaki aku lah .uols pegi tanya kat sape2 lah . 
dah . nak makan keropok lah . babai


Tuesday, 11 January 2011

BILA SAKIT

assalamualaikum
dah pukul 11.14 ni nak cakap selamat pagi ke selamat tengah hari ye??
ahh . mane2 pon boleh kan . bangun tido sangat lambat tadi . lepas solat subuh tadi telan dadah banyak sangat kot smpai tidor pon dah overdos . kalau takde yang ketok pintu bilik ni agaknye memang tak bangun2 lagi sampai sekarang . haishh kalau aku tahu nak sakit , memang aku taknak balik UiTM ni lah .
bila sakit2 macam ni macam2 kerenah kan . dah lah sakit,kene pulak menapak pegi penawar (klinik kat UiTM)yang jauh sangat tu . lepas tu naik bilik yang kat tingkat 3 ni . owhh sangat menguji kekuatan dalam diri ni . nasib dapat MC dari doktor , kalau tak memang aku ponteng kelas lah .


selalu kalau kat rumah bila sakit2 macam ni , ibu yang dok risau bawak pegi klinik . ibu suka bising suruh makan ubat sebab aku memang anti makan ubat . ibu masak makanan yang orang sakit boleh nak telan .

tapi..tapi..tapi.. bila dah duduk sendiri macam ni . dah jauh dari ibu . kena belajar buat semua sendiri . kena pegi klinik sendiri sebab nak MC!!tak larat nak jalan pegi kelas yang jauh2 tu . kena makan ubat bila sampai masa sebab nak cepat baik , tak tahan sakit2 macam ni . kena pegi sendiri toilet basah kan tuala letak kat dahi (tak kan nak suruh roomate lak kan . penat dorang) . nak seseorang sentiasa ada kat sisi (walau roomate and classmate datang tengok tanya dah okie ke belom)

haishh . dah sakit2 pon boleh buat entry lagi kan .(bosan weyhh baring je tak tahu nak buat ape) . doktor kate dalam badan aku banyak kuman2 jahat , kena makan ubat sampai habis (pandai eh doktor ni nak mengayat biar aku makan ubat ) . tapi encik doktor , saye ni tak batok pon pahal lah kau bagi aku ubat batok!!
dahlah . babai .



Sunday, 9 January 2011

TERIMALAH WALAU HATI TAK RELA :(

selamat pagi cikgu!!(nada upin&ipin)
sedih yang amat waktu ni . susah betol aku nak terima keadaan ni . bukan tak biasa , tapi tengah belajar nak biasa kan diri dengan hidup baru ni (sambil betulkan spek mata di hidung). peh , ayat dah macam putus cinta pulak. dah macam baru lepas tengok bf duduk bersanding dengan pompuan lain. wahhh,sentap kau!!!

ekceli aku sekarang ni dah 3 hari duduk kat rumah . padahal baru bape hari aku balik UiTM .rumah macam dekat je kan nak balik tiap minggu. dekat lah kot, naik bas 3 jam je dah sampai rumah . dekat kan (^_^) . aku tengah dok dengar ibu aku berleter pasal aku yang selalu merungut sebab study kat UiTM tu.

aku selalu merungut UiTM tu hutan. ada anjing,kene keja anjing bangang tu . bandar kat sana pon dah macam pekan,takde ape2. makanan mahal tak sedap lak tu. barang2 pon susah nak dapat. kelas jauh2,penat jalan .terok kan aku ni!!(ada gak budak UiTM anti aku ni kang)

ibu kata ni lah pengorbanan dalam tuntut ilmu . susah2 sekarang,nanti akhir nya kita senang gak . belajar hidup susah macam tu. ada hikmat kita lalui benda macam ni . ishh banyak lah ibu aku cakap,penat telinga aku dok dengar.tak larat aku nak taip semua nya .

baiklah . aku harus terima semua ni .tuntut ilmu perlu pengorbanan . orang lain boleh,takkan aku tak boleh kan . 



p/s : petang ni aku dah balik UiTM, bas pukul 3.30pm
p/ss : ibu aku nak masak laksa hari ni . mesti belajar cara masak nya!!

Thursday, 6 January 2011

KEMBALI PULANG

ehh..rajin pulak aku nak taip entri hari ni
semangat ni . semangat !!
ape yang kembali pulang??jap2 aku nak tarik nafas sedalam-dalam nya . susah ni nak cakap apa yang kembali pulang nya . huh!! baiklah , ekceli aku dah 6 hari kembali pulang kat UiTM ni haa..masih duduk kat kolej yang sama tapi bilik je yang lain and the best part is , aku dapat roomates yang sama lagi . yeay!!!tak payah lah aku nak susah2 faham kepala orang lain sebab aku memang dah faham otak roomates aku duekok tu . aku juz dapat akak senior baru je . bagus aku suka . tak payah lah aku nak sakit jiwa lagi dok dalam bilik macam sem lepas . bukan tu je , the best best best part is , semua member2 a.k.a classmates aku duduk satu wing ngan aku je . bilik pon sebelah2 je . hari2 nak pegi kelas main jerit je dari bilik "woiii,kau dah siap belom??"(cehh siap nak buat dialong lagi)


ni driver aku mase balik UiTM . sis nadia . dia ni kawan akak aku merangkap senior aku kat Uni tu . kesian aku dera dia suruh dia tolong angkat semua barang aku yang banyak gila bhabhi tu bawak masuk bilik aku yang kt tingkat tiga tu . haha


awal2 masuk memang jalan lengang . tapi dah nak sampai tu ya Allah ,  sesak yang amat!!



"BERHENTI PEMERIKSAAN KESELAMATAN"
eh pakcik UK . kau ingat aku balik sini bawak pestol ke haa ??


pengumuman pengumuman siapa yang punya anak bilang aku aku yang sedang malu pada teman-teman ku kerna cuma diri ku yang tak laku-laku..(ape aku merepek ni seetttaannn)

aku dah jadi senior howkeyh
sila panggil aku kak AIN
ko junior2 aku siap lah . aku buli kau!!

bangga seyh dah jadi senior (padahal baru sem 2) . haha . aku AININ SURAYA student diploma in banking part 2 dah jadi senior!!!yeay (lompat katak) 

CEPAT...

Assalamualaikum
dah 6 hari tahun 2010 melabuh kan tirainya..ketinggalan betul aku ni kan..dah 6 hari berlalu baru sebok nak buat entri tahun baru..bukan ape..mood sangat tak stabil waktu tu..yelah mane tak nya,aku dah kena balik UiTM..haishh..sangat bosan duduk sini..tapi aku tak maksud kan bosan tuntut ilmu..ilmu kan penting untuk pesediaan masa depan..am i ryte??

pada aku,tahun 2010 cukup menguji diri aku..terlalu banyak aku belajar tentang sesuatu perkara..ianya sangat mendewasakan aku yang kadang2 ni kalah kan perangai kanak2 renbina .


tahun 2010 aku habis sekolah
tahun 2010 aku dapat result SPM
tahun 2010 aku masuk UiTM
tahun 2010 aku dah pandai masak macam2 lauk
tahun 2010 aku belajar jadi kuat
tahun 2010 aku di uji dengan dugaan yang terlampau maha hebat




aku  hanya nak cakap tahniah untuk diri aku sendiri sebab dah berjaya lalaui tahun 2010 ni dengan gagah perkasanya..

baik blogger2 sekalian..tak lambat lagi kan aku nak cakap SELAMAT TAHUN BARU 2011..