assalamualaikum
taip entry sambil makan mash potato kecintaan . duduk sorang dalam bilik ni , wah amek kau malam jumaat ni . hayooo (nada serammmm).
petang tadi pegi koko yang memang dah diwajibkan budak2 kat Uni ni amek . sem ni aku amek pengurusan masjid (tak payah kau nak gelak2 eh) . first time pegi koko untuk sem ni kena berkumpul kat Pusat Islam (masjid) . aku ni tengah cuti (period) jadi bila sampai masjid tu aku duduk jelah kat kaki lima PI satu kelompok dengan budak2 yang cuti . tapi bila dah mula je taklimat , budak2 yang cuti tu pun masuk jugak ke PI . tinggal aku and sorang budak yang memang alim duduk kat luar . kesian aku tengok budak perempuan tu sampai nangis2 sebab tak nak masuk PI . yelah badan tengah kotor kan mane boleh masuk masjid (tu yang ustaz aku ajar) .banyak kali dia call mama dia tanya pasal benda ni . aku duduk kat sebelah dia buat muka yang palingggg memahami . sampai kan aku pun dah serba salah . huhu
aku tahu readers aku ramai yang pompuan ryte . sebelum buat entry ni sempat lah menggoogle pasal benda alah ni . kalau uols yang tengah uzur tu kompius dengan masalah ni gak meh aku tolong terang kan (cehhhh)
Tidak harus bagi wanita dalam haid duduk di dalam masjid. Tetapi harus baginya masuk dan melintasinya kerana hajat atau ada keperluan seperti mengambil sesuatu perkara atau masjid merupakan laluan ke rumahnya. Dalil hukum ini ialah : Rasulullah s.a.w. berkata kepada Aisyah r.a.(maksudnya): “Tulung ambilkan untukku selendang/serban yang berada di dalam masjid.” Aisyah menjawab: “Sekarang saya sedang haid.” Baginda bersabda (maksudnya): “Sesungguhnya haidmu bukan ditanganmu.” Riwayat Muslim, Ibn Majah dan Baihaqiy. Hadis ini menunjukkan telah menjadi kefahaman Aisyah bahawa wanita haid tidak boleh memasuki masjid, lalu baginda menjelaskan bahawa boleh sekadar lalu untuk sesuatu keperluan . Daripada Aisyah juga, Rasul s.a.w. bersabda maksudnya: “Masjid tidak halal bagi wanita haid dan orang berjunub” Riwayat Abu Daud . Di dalam riwayat lain, baginda s.a.w. bersabda maksudnya: “Sesungguhnya masjid tidak halal bagi wanita haid dan orang berjunub.” Riwayat Ibn Majah.
faham tak ? penat google guna berokband yang tak bayo lagi ni . aku tak tipu eh , pegi tengok kat sini . takpe2 ari rabu ni ade CTU ( subjek agama ) nak pegi tanya ustaz zaki aku lah .uols pegi tanya kat sape2 lah .
dah . nak makan keropok lah . babai
0 0 orang balas surat:
Post a Comment