Thursday, 31 March 2011

DINNER DIBA

awal awal nye tak nak pegi dinner ni . yelah sebab tiket dinner pun dah habis . lepas tu takde artis yang datang pun *dimand gile !!* . 

tengak syok mandi dalam toilet tetiba dayah jerit jerit masuk toilet panggil aku . ade ke dia ajak pegi dinner . dah pukul 8 kot . ape lagi , mandi punya lah laju sebab nak cepat . dah lah dinner buat kat dewan yang nun jauh kat sana tu . citt , luntur mekap aku =.="


dengan penuh serabai nye datang lah dinner yang dah start lama ni . badan dah berpeluh peluh jalan nak ke sini . haishhh !!



gha bahar sentiasa dengan muslimah dia . akan ku jejak langkahmu gha bahar . as kau memang sangat cun lah "tunjuk ajar ku sifu" . and aku paling paling tak puas hati dengan si dayah ni . kau amek kaler pink aku !! cittt!!


classmates aku yang cun cun . yang tak pernah mekap pegi kelas pun pakai mekap untuk dinner ni . wehh siyess korang cantek =)


malam ni aku dapat gelaran princess of the nigth *sumpah aku tipu* . aku hanya dapat perut yang boncet sebab melantak semau makanan atas meja ni . aku tolong makan kan untuk roomates aku yang kebulur dalam bilik tu .HAHA

dinner sem ni tak best lah *jahat mulut* . tunggu aku part 6 nanti lah baru rasa best kot . sebab pe?? sebab nama aku akan di umum kan sebab dapat DL (insyaallah , amin ) . and yang paling best sebab part 6 mesti lah di rai kan . kitorabng kan dah last . eh eh bakal junior junior aku , sedia kan yang best best untuk aku masa aku part 6 nanti eh . jangan korang bagi bunga mawar sudah . kompom kompon aku dok bersin bersin dalam dewan tu =)


Sunday, 20 March 2011

SKOP PRODUCTION DATANG MELAMAR =)

sebab aku telalu bebakat untuk belakon lagi hebat dari pelakon cite khurafat tu ! (ye muntah lah korang =.=") aku cakap semua tak nak caye . ye ye aku tau korang semua tak caye aku boleh jadi pelakon kan kan . baiklah aku tak nak tipu ! ekceli memang mimpilah skop production tu nak melamar aku jadi pelakon dorang . membazir fuluz je . masuk panggung pun belum tentu ade yang tengok , tak pun memang tak dapat nak di tayangkan . rehda =,=

tapi wehh . ni memang aku tak tipu . ape tipu tipu ? tak baik tau ! nanti Allah marah .  aiyooo takot =.= . okiee real story okie . betol betol ni !! ekceli aku kena buat asigment untuk subjek marketing . kena buat iklan tentang soft drink . what the Frong ??!!!(ishhh . tak baik mencarut di sini ye) . aku mane lah reti nak buat benda kejadah haram ni wehh . tapi memang tak boleh nak buat apa lah kan . kena buat jugak . kalau tak , memang repeat lah subjek ni sem depan . tak nak aku repeat !! 

meh aku kenal kan kat korang semua pelakon pelakon utama untuk buat iklan ni . hanyak 3 hari je pengambaran nya okie . di ulangi , 3 hari !!


haa . ni pelakon utama (tak payah kau nak menganjing sangat weh) . kau tak payah buat buat tak kenal . ni memang aku . yes ! aku !



ni zamel . orang kuat nak buat iklan ni . dia lah tukang design botol . tukang carik idea . tukang marah kitorang sebab tak datang suting , sampai si dayah and jiha takot gila nak cakap kat dia . terbaik lah wehh =)



apa ? hensem ? opss dah berpunya okie . mamat ni nama dia shafiq . tapi coursemates semua panggil dia green day . alah yang nyanyi lagu 21 gun tuh . aku pun tak faham lah part mana muka diorang yang sama =.=



cantik spek mata =) opkos lah . spek mata aku . tak faham aku pesal tah si dayah ni suka bebeno pinjam spek mata aku . padahal power dia lagi tinggi dari aku . =,=" . dayah ni orang kuat untuk habis kan air . tiap kali nak suting iklan mesti kena isi air sebab si dayah ni suka bena menghabis kan air tu .



alala . comel nye jiha baha ni . kecik je . baiklah . tugas penting jiha ialah inform kat kitorang semua bila nak siapkan iklan tu .  kira PA gak lah kan . HAHA . lagi satu , jiha lah si tukang beli air untuk isi balik air yang dah habis tu . bagus . good job jiha!!


aku ingat nak belakon ni senang je. alah , macam makan kacang tu . senang je kan . tapi . gila susah wehh . sumpah aku tak tipu . punya lah ulang banyak kali sebab tak jadi macam yang kitorang nak . yang malu nye jangan cakap lah . memang tak bole bla !! 

papepun . Alhamdulillah . tugas kitorang ber5 ni dah habis . dah lah seminggu lagi iklan tu nak ditayang kan baru kitorang start nak buat semua ni . (padan muka !!) . 10 mac dah di tayang kan iklan tu . and kitorang present kan sekali tentang soft drink yang syarikat kitorang hasil kan (syarikat sendiri wehh!!) . tapi malang nya , lecture tak puas hati . eh eh . bukan tak puas hati dengan keje kitorang okie . tapi tak puas hati dengan satu kelas punya present . sebab cara kitorang present tak dapat yakin kan pembeli nak beli soft drink kitorang . ishh penat je aku pakai kebaya sebab nak present !!





soft drink : sarsaparilla (sarsi + vanilla)
concept: cheer drink
target market : all generation can drink it
price : RM 2.50
company : cherry sdn.bhd


17 mac kitorang present untuk kali yang ke dua . Alhamdulillah . lecture puas hati . tapi , belum sampai sini je . iklan ni ni tanding kan dalam kelas . yang the best akan wakil kelas and bertangding dalam course pulak . lepas tu ada lagi ! last sekali di tanding kan kat dalam U pulak . ishh . takot wehh . ni markah untuk final exam . mintak mintak group aku terpilih lah untuk wakil kelas . lepas tu wakil pulak course banking . insyaAllah . good job geng !!


dah lah . nak tido !!


p/s: video iklan kitorang tu nanti aku letak okie =)
p/ss : esok nak gi pusing melaka!!
p/sss :bye encik bintang !! sape suruh tak nak bawak dinda !! =P




Tuesday, 15 March 2011

SUKA ! SUKA ! SUKA !

melihat ciptaan Allah itu buat diri kita rasa sangat bersyukur sebab boleh melihat keindahan yang ada dan buat kita terfikir bertapa hebat nya kuasa yang Allah miliki sebab ciptakan sesuatu yang sangat indah . dulu masa kecik kecik suka tengok bintang sebab nak tunggu taik bintang jatuh (erkk..taik kah?? =.=") . aku ingat lagi kawan kawan cakap , kalau nampak taik bintang cepat cepatlah buat hajat . sure lah hajat tercapai . tapi !! aku kena tipu wehh . otak kanak kanak rebina betol!!




aku suka tengok bintang . suka ! suka ! suka ! lagi lagi bila otak tengak serabut . bila tengok bintang rasa tenang sangat dan boleh buat aku tersenyum walau hati rasa dah macam hampeh =,= . kadang kadang kalau tengah bosan , aku kira bintang kat langit tu sampai "MATH ERROR" haha . 



kalaulah aku ada banyak duit (insyaAllah) , aku nak beli teleskop !! malam malam boleh lah aku tengok bintang dengan dekat !! (angan angan mat jenin) . bestnya kalau dapat macam tu . 


"kalau kita rindukan seseorang itu , pandanglah pada bintang paling terang . percayalah bahawa orang yang kita rindui itu juga pandang pada bintang yang sama (agaknya lah . ayat dalam novel . HAHA)"






Sunday, 13 March 2011

PENANTIAN ITU PERLU BEJUTA JUTA JUTA KESABARAN

mari sama-sama tarik nafas panjang-panjang . hembus nafas setenang yang boleh . katakan Allhamdulillah kerana masih boleh bernafas di bumi Allah ini sehingga waktu ini . Allhamdulillah . Terima Kasih Allah (:

selamat malam . sekarang masih ada kat rumah . sepatutnya dah balik UiTM tapi tak tahu lah kenapa malas sangat nak balik . mood kebelakangan ni sangat-sangat tak menentu . ishhh


menanti umpama pungguk rindukan bulan . semua mesti pernah menanti sesuatu kan . banyak jenis penantian yang ada

  • tunggu waktu rehat
  • tunggu kelas habis
  • tunggu nak balik cuti
  • tunggu orang
semua penantian tu perlukan kesabaran yang amat banyak . cuba bayang kan kalau kita tak ada kesabaran dalam diri , mesti awal-awal kita dah putus asa nak menanti ni kan . 

  menanti tu bukan satu perkara yang mudah . banyak dugaan dan cabaran yang harus kita lalui kat depan mata kita . kita hanya perlu percaya pada diri sendiri sama ada kita mampu menanti atau tidak . selebihnya . serahkan pada Allah sebab dia tahu segalanya .





Wednesday, 9 March 2011

ALHAMDULILLAH ALLAH PINJAMKAN LAGI AKU NYAWA SEHINGGA HARI INI

hari ni 9 MAC , alhamdulillah Allah masih pinjamkan aku nyawa . ni bermakna dah genap umur aku 19 tahun . 19 tahun wehhh !! macam tak caye umur aku dah sebanyak ni . rasa aku kanak-kanak lagi . otak belum matang lagi wehh .



dulu masa kecik-kecik , hati melonjak-lonjak biar cepat besar sebab tengok orang yang dah besar ni best je hidup nya . boleh pakai cantik-cantik . make up lawa-lawa . boleh ada pakwe (erkkk) . sumpah wehhh aku dulu memang tak saba gila nak jadi orang besar . tapi bila dah semakin besar and semakin matang ni,aku rasa nak kembali jadi budak kecik . kenapa ?? sebab aku dah tahu macam mana susahnya dugaan dan cabaran yang aku kena lalui kat depan mata aku .



tadi tengah baring-baring rehat kan badan lepas habis kelas petang , tiba-tiba hati sebak sangat . memang air mata tak berhenti turunlah kan . cepat-cepat tangkup muka pakai bantal sebab takut roomates perasan . memang waktu tu kat otak di dah terbayang dugaan maha hebat yang pernah aku lalui masa lepas . dugaan yang betul-betul buat aku terjatuh dan aku tak kuat nak bangun . separuh jiwa aku hilang waktu tu . Allah je yang tahu macam mana payahnya aku nak bangun semula dan kerana Allah juga aku masih mampu tersenyum waktu ni walau pahit sangat rasanya .

aku bersyukur padamu Allah kerana berikan aku peluang untuk terus bernyawa sampai ke hari ini . aku tak mintak apa-apa , tapi cukup lah Kau berikan kekuatan untuk aku terus kan hidup ni . jangan kau berikan aku dugaan maha hebat itu lagi dan tabah kan aku untuk terus kuat lalui perkara itu .



Tuesday, 8 March 2011

KITA TAK FAHAM APA YANG DIA RASA

nak hadapi kehilangan orang yang kita cinta bukan sesuatu perkara yang mudah . kita hanya mampu kata "sabarlah kawan" sedang kan kita tak tahu macam mana sakit and beban yang kawan kita tu tanggung . emm

ekceli tadi tengah sebok buat asigment marketing ngan gha bahar and dayah . sambil-sambil tu cuci otak dengan berfacebooking . terbaca status kawan GF schoolmate gha bahar . sedih wehh . memang sentap lah tengaok wall budak perempuan tu .  

putus cinta memang teramat sakit rasanya kan . bukan senang kita nak lupa orang yang pernah wujud dalam hati kita . orang yang selalu hiasi hari-hari kita . orang yang selalu jadi teman kita setiap masa , bagi kita kata semangat ,bagi kita kasih sayang , cinta , orang yang selalu jadi kan setiap hari kita indah . bayangkan lah kita hilang orang tu dalam hidup kita . macam mana kita nak mula kan hidup baru tanpa kehadiran diri dia . SUSAH WEHH .

aku cuba faham apa yang perempuan tu alami . lelaki yang dia sayang and cinta pergi bertemu PENCIPTA buat selama-lamanya . sampai hari ni dia terus post dan post dan post di status lelaki untuk  tu walaupun hakikat nya lelaki tu tak akan baca and lelaki tu dah pergi buat selamanya . kalau hubungan baru 3 bulan takpe jugak , ni dah 3 tahu lebih!!! wehh hati mana yang tak menangis . kalau aku kat tempat dia mungkin aku dah betul-betul jatuh . susah nak terima keadaan macam tu . CINTA tu gila kan!! bukan gila sebab apa , tapi gila sebab boleh buat diri kita ni hilang pertimbangan . memang orang sekeling akan suruh diri kita kuat hadapi dugaan ni , tapi bukan mereka yang rasa .

HANYA ORANG YANG PERNAH LALUI SAAT SEPERTI INI SAJA YANG TAHU BERTAPA MAHA HEBAT NYA DUGAAN ITU 


p/s : al-fatihah untuk arwah Ahmad Rizaudin

Tuesday, 1 March 2011

PANJANG USUS MANUSIA

malam ni tiba-tiba terasa nak jadi cikgu sains pulak . ni semua gara-gara gadoh dengan juliana evans ehh bukan , gadoh dengan kak juliana . pasal panjang usus manusia pun nak gadoh !! macam - macam . yang sorang kata tu lah , yang sorang kata ni lah . lepas tu siap boleh call akak masing-masing sebab nak tanya panjang usus manusia je . HAHA . kesudahannya , mintak tolong dekat pakcik goooogle jugak .


haaa . bukak mata besau-besau . kau tengok rupa usus yang ada dalam perot kau tu . agak -agak nak lagi real , pegi amek pisau belah badan kau tu . 

sebenarnya , panjang usus yang ada dalam tubuh kita ni adalah 6 kali ganda dengan ketinggian kita . contah nya macam aku yang kecik molek ni (perasan!!) , tinggi aku 152cm(tinggi kan??) kau kali kan dengan 6 . okiee meh aku jadi cikgu math kejap

panjang usus = 152cm x 6 
               = 912 cm

faham anak-anak murid semua?ni bermakna usus aku ni dalam 9.12 meter lah . nak tahu berapa panjang 9.12 meter tu ? kau pegi pinjam cikgu sains punya pembaris kat makmal sains tu . penat aku nak terangkan !

aku rasa kalau kitorang tak gaduh pasal ni , mesti sampai bila-bila aku tak tahu panjang usus aku sendiri . yelah , usus tu anugerah yang bermakna . tak pernah sikit pun nak amek tahu pasal usus dalam badan sendiri . nak kata dulu kat sekolah tak belajar sanis , aku rasa aku belajar tapi entah mane semua ilmu tu hilang ( banyak tidur dalam kelas memang macam ni ) . HAHA

dah lah , esok ada test hafazan . tapi semua surah aku tak ingat sangat . dulu masa kecik-kecik memang lah selalu baca semua surah ni sebab ibu yang ajar mengaji . ni dah besar-besar gedabak macam ni , surah-surah yang baca masa solat jelah yang aku A+ , yang lain tak berapa nak ingat .

sampai disini saja kuliah kita hari ini . jumpa esok hari dengan topik yang lain ( ada gaya cikgu tak ?) . wehh panggil aku cikgu suraya ye !!