mari sama-sama tarik nafas panjang-panjang . hembus nafas setenang yang boleh . katakan Allhamdulillah kerana masih boleh bernafas di bumi Allah ini sehingga waktu ini . Allhamdulillah . Terima Kasih Allah (:
selamat malam . sekarang masih ada kat rumah . sepatutnya dah balik UiTM tapi tak tahu lah kenapa malas sangat nak balik . mood kebelakangan ni sangat-sangat tak menentu . ishhh
menanti umpama pungguk rindukan bulan . semua mesti pernah menanti sesuatu kan . banyak jenis penantian yang ada
- tunggu waktu rehat
- tunggu kelas habis
- tunggu nak balik cuti
- tunggu orang
semua penantian tu perlukan kesabaran yang amat banyak . cuba bayang kan kalau kita tak ada kesabaran dalam diri , mesti awal-awal kita dah putus asa nak menanti ni kan .
menanti tu bukan satu perkara yang mudah . banyak dugaan dan cabaran yang harus kita lalui kat depan mata kita . kita hanya perlu percaya pada diri sendiri sama ada kita mampu menanti atau tidak . selebihnya . serahkan pada Allah sebab dia tahu segalanya .
0 0 orang balas surat:
Post a Comment