Friday 2 March 2012

Solat Istikharah


selamat malam , taip entri tepat jam 0.00 . konon macam ohsem je kan? 

kenapa buat entri macam islamik pulok malam ni ? haha , hati tengah tergerak kot nak cakap pasal ni sama jugak dengan tuntutan diri sekarang ni =.=


exceli , solat istikharah ni selalunya di kaitkan dengan jodoh . let say time tu kita keliru dengan apa yang kita dah buat . kita tak pasti which is better , keliru nak buat keputusan yang kita rasa the best among the best untuk diri ni . yelah , jodoh pertemuan semua terletak kat tangan Allah , dah tertulis di luh mahfus lagi . kita hanya ikut apa yang dirancang . sometimes , kita fikir itu lah yang terbaik walhal orang kata tu bukan yang terbaik . and sometimes pulak kita cuba nak elak tapi tetap berlaku . people will judge apa yang diorang tengok rite ?

solat ni jalan selesai dari semua ni . kau dah pening sangat kan nak pilih abu ke atan untuk jadi husband kau , so mintak lah petunjuk Allah . bukan ke petunjuk dari Nya lagi baik . Allah maha kuasa . dia beri apa yang kita nak , tapi kita pulak tak beri apa yang dia nak then lagi nak mintak-mintak . =) 

cara nak buat solat ni ? sama je dengan solat subuh . 2 rakaat .  

Lafaz niat:-
Ushalli Sunnatal Istikharaati Rak’ataini Lillahi Ta’aala
Sahaja Aku sembahyang sunnat istikharah 2 rakat tunai kerana Allah Ta’ala

Rakaat pertama-
Baca surah Al-fatihah dan surah Al-kafirun

Rakaat kedua-
Baca surah Al-fatihah dan surah Al-ikhlas
Selepas salam, bacalah doa yang disarankan dalam istikharah.
Dalam berdoa sebaiknya menyebutkan permintaan yang ingin diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t. misalnya: “Ya Allah, jika hal ini….(sebutkan namanya)”

Doa istikharah

“Ya Allah, aku memohon petunjuk memilih yang baik dalam pengetahuanMu, aku mohon ditakdirkan yang baik dengan kudratMu, aku mengharapkan kurniaMu yang besar. Engkau Maha Kuasa dan aku adalah hambaMu yang dhaif. Engkau Maha Tahu dan aku adalah hambaMu yang jahil. Engkau Maha Mengetahui semua yang ghaib dan yang tersembunyi.
Ya Allah, jika hal ini (***) dalam pengetahuanMu adalah baik bagiku, baik pada agamaku, baik pada kehidupanku sekarang dan masa datang, takdirkanlah dan mudahkanlah bagiku kemudian berilah aku berkah daripadanya.
Tetapi jika dalam ilmuMu hal ini (***) akan membawa bencana bagiku dan bagi agamaku, membawa akibat dalam kehidupanku baik yang sekarang ataupun pada masa akan datang, jauhkanlah ia daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya. Semoga Engkau takdirkan aku pada yang baik, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas setiap sesuatu.”

time paling sesuai buat solat ni is sepertiga malam . maksud kat sini waktu tengah malam macam pukul 3 pagi ke . ohh tu awal pagi kan ? haha . solat time ni kan sunyi sepi je rite ? solat pun tenang je . solat lah berapa banyak kali pun korang nak buat . menangis lah berdoa sampai lebam mata . after that , berserah and tawakal je pada Allah dengan apa yang apakan berlaku . bila dah dapat petunjuk, jangan kecewa . terima dengan hati terbuka even tu bukan yang kita mahu kan . rancangan Allah yang terbaik =)  


p/s: aku tak sedia lagi nak buat solat ni =.=