hari ni 9 MAC , alhamdulillah Allah masih pinjamkan aku nyawa . ni bermakna dah genap umur aku 19 tahun . 19 tahun wehhh !! macam tak caye umur aku dah sebanyak ni . rasa aku kanak-kanak lagi . otak belum matang lagi wehh .
dulu masa kecik-kecik , hati melonjak-lonjak biar cepat besar sebab tengok orang yang dah besar ni best je hidup nya . boleh pakai cantik-cantik . make up lawa-lawa . boleh ada pakwe (erkkk) . sumpah wehhh aku dulu memang tak saba gila nak jadi orang besar . tapi bila dah semakin besar and semakin matang ni,aku rasa nak kembali jadi budak kecik . kenapa ?? sebab aku dah tahu macam mana susahnya dugaan dan cabaran yang aku kena lalui kat depan mata aku .
tadi tengah baring-baring rehat kan badan lepas habis kelas petang , tiba-tiba hati sebak sangat . memang air mata tak berhenti turunlah kan . cepat-cepat tangkup muka pakai bantal sebab takut roomates perasan . memang waktu tu kat otak di dah terbayang dugaan maha hebat yang pernah aku lalui masa lepas . dugaan yang betul-betul buat aku terjatuh dan aku tak kuat nak bangun . separuh jiwa aku hilang waktu tu . Allah je yang tahu macam mana payahnya aku nak bangun semula dan kerana Allah juga aku masih mampu tersenyum waktu ni walau pahit sangat rasanya .
aku bersyukur padamu Allah kerana berikan aku peluang untuk terus bernyawa sampai ke hari ini . aku tak mintak apa-apa , tapi cukup lah Kau berikan kekuatan untuk aku terus kan hidup ni . jangan kau berikan aku dugaan maha hebat itu lagi dan tabah kan aku untuk terus kuat lalui perkara itu .
3 0 orang balas surat:
saya pun bersyukur saya masih bernyawa :D
^_____^
bersyukur jugak ..alhamdulillah tp setiap minit hidup kita ingatkah kita pdNya ?hurmm ~
Post a Comment