Monday 13 December 2010

ALLAH FAHAM..JANGAN SEDIH


bukan senang nak jadi diri aku
bukan senang aku nak create diri aku ni
segala macam dugaan dan cabaran yang aku lalui

aku tahu hidup di dunia ni dah di tentukan jalan cerita nya sejak azali lagi
"kita hanya mampu merancang..tuhan yang menentukan nya"
kadang2 tu aku rasa macam nak putus asa dengan segala kepayahan yang aku lalui



orang yang tak kenal diri aku akan cakap segala keburukan yang mereka nampak dalam diri aku ni..aku tahu aku tak sempurna macam mereka..selagi aku boleh bersabar , aku akan sabar..hidup ni kan hukum karma..ALLAH bayar cash dengan apa yang kita buat..hari ni kau buat jahat pada aku , esok ada orang yang akan buat jahat pada kau..adil bukan

emosi aku sangat terganggu waktu ini..aku dah betul2 jatuh..aku tahu ALLAH sayang aku , sebab tu dia beri aku kesakitan ini..

aku tak faham dengan mereka tu..ya mungkin tahap pendidikan membeza kan cara seseorang tu berfikir..aku bukan nak bangga sebab aku ni berjaya belajar sampai universiti..tapi ini kenyataan nya..kalau aku ikut rentak mereka yang cakap segala yang menyakitkan pada aku tanpa fikir keburukkan..segala macam cacian dan hinaan yang aku terima..kalau ikut kan hati muda aku , kalau aku fikir ikut kata hati..aku akan balas segala kata2 mereka..tapi mungkin hidup aku waktu ini semakin kacau bilau bila aku buat begitu..biarlah mereka buat aku..cakap lah apa yang mereka suka..aku hanya mampu tengok dan diam kan diri..ALLAH ada di sisi aku untuk berikan aku kekuatan..


kepada mereka : cukup lah berkata tentang diri aku..kalian tak tahu hal sebenar..kalian tak tahu jalan cerita nya..jangan bebas menunding jari pada aku..kalau aku mampu putar semula masa dulu , aku tak akan benar kan perkara itu terjadi..tapi siapa aku nak buat macam tu..aku manusia biasa macam kalian..pandangan tajam kalian cukup buat aku semakin jatuh..senyum lah asal kalian bahagia lihat aku begitu..

kepada dia : kau bahagia dengan apa yang kau ada waktu ini..aku tak sehebat diri kau..kau cantik..aku ni biasa2 saja..macam yang kau kata , muka aku dah macam bibik kau kat rumah (tak tahu pulak aku kat rumah kau ada bibik)..aku redha walau sangat sakit dengan kata2 kau itu..kata lah apa yang kau mahu..kutuk lah diri aku sepuas yang kau mahu..bukan jenis aku nak balas segala cacian yang kau beri pada aku..aku bukan gadis macam tu..kau wanita bertuah kerana memiliki apa yang kau mahu kan..cukup lah..berhentilah berkata tentang aku..

encik bintang : terima kasih kanda sebab selalu lap kan air mata dinda tiap kali dinda menangis kerana lelah dengan segala hal yang menyakitkan dan menakutkan ini..


"ya allah..jika ini yang kau takdirkan dalam hidup aku..bantu lah aku untuk kembali bangun..aku mahu kuat semula..segala yang terjadi ini telah kau catatkan untuk diri aku..aku terima nya dengan pasrah..jangan kau duga aku dengan dugaan yang aku tak mampu tempuhi nya..aku perlu lindungan mu tuhan.."


0 0 orang balas surat: