Tuesday 20 March 2012

Nikah Gantung

assalamalaikum..

kenapa entri sekarang ni menjurus ke arah kawin ? saja je =) . then mesti heater sorang eh bersama angkatan nya mengkeji aku buat post cengini. tu hobi kau kan? relax heater sayang, bukan menggatal or dah sampai seru nak suruh aku kawin lahh. aku tunggu Sharnaz Ahmad datang melamar baru aku kawin. kehkeh. 

Nikah gantung yang selalu nya student U macam aku ni buat . sini aku terang kan apa tu nikah gantung . coppp, pakcik google yang tolong terang kan =)

Nikah gantung (atau dalam Bahasa Arab disebut Nikah Khitbah) sebenarnya bermaksud pernikahan di mana pasangan pengantin tidak duduk serumah dalam satu-satu tempoh yang ditetapkan hasil persetujuan bersama kedua-dua belah pihak. Tanggungjawab pemberian nafkah oleh suami kepada isteri juga diringankan dan boleh dilepaskan.


Dalam kata lain, majlis akad nikah diadakan terlebih dahulu tapi majlis kenduri kahwin (walimatul urus) diadakan kemudian. Penangguhan majlis kenduri kahwin tersebut boleh hingga menjangkau tempoh bertahun-tahun lamanya.

tapi !! rukun-rukun perkahwinan seperti biasa perlu diikuti iaitu perlu ada suami, isteri, wali, saksi dan akad (Ijab Qabul)*if takde ni bukan nikah nama nya =.=*. maskahwin pun perlu dibayar. johor maskahwin paling murah . takan tu pun tak mampu nak  bayar kan? Untuk hantaran boleh ditangguhkan dulu, mana lah tahu perempuan mintak hantaran sampai RM16500 nak buat bayar hutang PTPTN *cakap pasal diri sendiri ke ainin hoii*. nak kahwin takan nak suruh ibu ayah yang support duit hantaran pulak. 


Sebab-sebab biasa nikah gantung ini dibuat adalah seperti:
  • Suami masih tidak mampu menyara sepenuhnya kos hidup isteri seperti rumah sewa, pakaian dan sebagainya.
  • Pasangan masih lagi menuntut dan masih belajar.
  • Belum bersedia memberi komitmen sepenuhnya dalam menunaikan tanggungjawab berumahtangga.
Setelah majlis akad nikah berlangsung, kedua-dua pasangan perlu tinggal secara berasingan sehingga benar-benar bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai suami dan isteri. Pada kebiasaannya pasangan ini akan tinggal di rumah ibubapa masing-masing.

Tujuan utama nikah gantung ini dilakukan ialah bagi mengelakkan berlakunya penzinaan dan kelahiran anak luar nikah. Setelah kedua-dua pasangan ini melalui nikah gantung, mereka boleh bertemu, berdating, dan bermesra. Malah jika melakukan seks pun hingga melahirkan anak ianya tidak salah dan tidak haram. Anak yang mereka lahirkan itu adalah sah hukumnya.


Walaupun mereka nikah gantung, mereka adalah pasangan suami-isteri yang sah di sisi agama Islam dan undang-undang Kerajaan Malaysia. Dari sini, kesucian institusi kekeluargaan itu dapat terus dipelahara. Si gadis yang hamil dalam tempoh nikah gantung tidak perlu berasa panik dan gerun oleh kerana anak yang dikandung adalah sah. Dengan ini kes-kes dan isu pembuangan bayi tidak akan berlaku. 

terang dahh? if nak tahu, gambar semua kat atas ni *pengantin lelaki* gambar classmates aku masa kat sekolah menengah dulu and now satu U pun dengan aku. Dia buat nikah gantung macam yang aku terangkan ni sebab masing-masing tengah study lagi . Tak nak buat dosa sebab couple lama-lama then amek keputusan ikut cara nikah ni . Taniah kawan . Aku doakan kau bahagia until jannah .