Friday 21 October 2011

Subhanallah



Gambar menunjukkan seorang bayi yang belum lahir lagi, berumur 21 minggu

 (~ baru 5bulan) yang diberi nama Samuel Alexander Armas. Bayi ini perlu

 menjalankan satu pembedahan khas oleh pakar bedah bernama Dr. Joseph 

Bruner. Bayi itu telah di sahkan melalui diagnosis sebagai mengidap sejenis 

penyakit bernama “spina bifida”, dan tidak mungkin ia boleh hidup jika tidak di 

bedah dahulu sebelum dilahirkan ke dunia ini.


Ibu Samuel pula adalah seorang jururawat perbidanan di Atlanta, Georgia. 

Beliau dapat tahu bahawa Dr. Joseph Bruner merupakan seorang pakar bedah 

yang handal melalui prosedur pembedahan uniknya. Dr. Bruner bertugas di 

Vanderbilt University Medical Center di Nashville, USA. Beliau telah melakukan 

pembedahan yang unik ini ke atas Samuel semasa bayi ini masih lagi berada di 

dalam rahim ibunya. Semasa pembedahan sedang berjalan, doctor tersebut 

telah membuka rahim si ibu menggunakan “C-section”, kemudian membuka 

pula satu lubang kecil untuk membedah bayi tersebut.


Sebaik sahaja Dr. Bruner selesai melakukan pembedahannya ke atas baby 

Samuel ini, bayi kecil ini telah menghulurkan tangan kirinya yang masih kecil 

tetapi telah sempurna kejadiannya, melalui lubang kecil tadi lalu terus 

memegang erat jari pakar bedah tersebut. Dr. Bruner telah di laporkan sebagai 

berkata kemudian bahawa apabila jarinya di pegang oleh bayi tersebut, dia 

merasakan sesuatu yang ganjil yang amat menusuk perasaan di sanubarinya, 

dan pada ketika itu juga dia berasa seolah-olah kaku dan tak boleh bergerak.


Gambar tersebut menunjukkan tangan bayi berumur 21 minggu itu memegang 

jari Dr. Joseph Bruner seolah-olah ia hendak memberi kata-kata penghargaan 

kepada doctor tersebut kerana telah menyelamatkannya.


Ibu Samuel pula berkata dia sekeluarga telah melinangkan airmata selama 

beberapa hari apabila melihat gambar tersebut dan berkata, “Gambar itu 

mengingatkan saya bahawa apabila saya sedang mengandung ianya bukanlah 

kerana satu penyakit atau pun keuzuran, akan tetapi ianya adalah mengenai 

seorang manusia yang kerdil”.


Apabila sampai masanya, Samuel telah dilahirkan di dalam keadaan yang 

sihat, dan pembedahan yang telah dilakukan keatasnya adalah juga 100% 

berjaya.Lihatlah gambar tersebut, betapa ianya amat menakjubkan kita 

semua. Namun kita juga harus mengambil iktibar daripadanya, bahawa ianya 

adalah satu-satunya lagi tanda kebesaran dan kekuasaan Allah SWT! Manusia 

hanya boleh merancang sambil mengusahakan sesuatu, akan tetapi Allah SWT 

jua yang akan menentukan segala-galanya.



p/s : sumber pesbuk persatuan ibu-ibu comel mengandung